Apa yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Membeli Laptop Terpakai

komputer riba terpakai

Membeli laptop terpakai boleh menjadi satu idea yang bagus. Anda mendapat komputer yang berfungsi sepenuhnya dengan lebih murah dari kos asalnya. Tetapi mendapatkan laptop terpakai mempunyai risikonya, dan seperti membeli kereta terpakai, terdapat pelbagai pemeriksaan dan langkah berjaga-jaga yang harus anda ambil. Inilah semua yang perlu anda ketahui mengenai membeli komputer riba terpakai.

notebook terpakai

1. Pastikan Diri dan Duit Anda Selamat

Laptop yang baru atau terpakai harganya adalah mahal dan tidak murah. Jadi oleh kerana harga tidaklah murah, maka anda perlu berhati-hati semasa membelinya. Keselamatan ini bukanlah kami maksudkan dengan keadaan komputer riba itu, tetapi keselamtan duit anda.

Ketika anda hendak membeli laptop ini, sila pastikan anda membeli daripada pihak yang sah selaku pembekal atau mereka yang mempunyai reputasi yang baik lebih-lebih lagi ketika anda membuat pembelian secara online.

Jika anda ingin membuat pembelian secara online, Dalam hal ini, laman web besar seperti Shopee dan Lazada menjadi tempat yang selamat. Dasar perlindungan Shopee dan Lazda cenderung berpihak kepada pembeli, jadi jika komputer riba berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada yang anda jangkakan (atau sama sekali tidak berfungsi), penjual perlu menerima pulangan dengan perbelanjaan mereka sendiri. Dan pengguna boleh tidak release payment kepada pembekal jika pembekal tidak mahu menggantikannya.

Tapi bagi kami, pembelian laptop terpakai ini adalah kurang sesuai dilakukan secara online. Cara terbaik untuk melindungi diri anda adalah dengan mengatur lokasi perjumpaan dengan penjual dan menguji sendiri komputer riba.

Lihat Juga :   Macam Mana Cara Enable Face ID Dengan Mask Pada iOS 15.4

2. Periksa Badan Laptop

Perkara pertama ada perlu perhatikan apabila membeli komputer riba terpakai ini adalah anda perlu memeriksa badan secara menyeluruh. Anda perlu memastikan bingkai komputer riba bebas dari retak dan tanda-tanda jatuh. Juga, periksa skru yang hilang, engsel longgar, dan sebarang kecacatan lain.

Walaupun komputer riba berfungsi dengan baik, tapi ianya telah kerap jatuh, maka ianya adalah amat berisiko kerana kita tidak tahu kerosakan dalaman yang mungkin berlaku, yang dapat memendekkan jangka hayatnya komputer riba tersebut

3. Periksa Keadaan Skrin

periksa skrin laptop

Langkah penting seterusnya adalah memastikan skrin dalam keadaan baik. Periksa kerlipan, perubahan warna, kecerahan dan pixel buruk.

Buka video dan lihat apakah sudut tontonan cukup bagus. Bandingkan dengan komputer riba yang lain sebelum membuat pembelian.

Periksa juga keadaan skrin, samaada ianya tegap atau bergoyang. Jika bergoyang atau longar, maksudnya notebook itu pernah jatuh atau pemasangan semula yang tidak kemas.

4. Uji Keyboard dan Trackpad

Papan kekunci dan trackpad adalah bahagian yang paling banyak digunakan, jadi sangat penting untuk memastikan kedua-dua bahagian berfungsi dengan memuaskan hati anda.

  • Periksa setiap key pada keyboard,  lihat apakah anda merasa selesa untuk menaip dengan papan kekunci tersebut. Sekiranya anda apa yang ada tekan dan yang ter papar pada skrin adalah lain. Anda perlu pilih notebook lain.
  • Periksa pergerakan di trackpad dan cuba beberapa perkara  yang anda biasa seperti zoom, scrool, swap 2 jari atau 3 (macbook, atau lain-lain notebook yang support), dan lain-lain lagi.
  • Sekiranya mereka menawarkan juga mouse / tetikus, pastikan ianya mudah ditekan dan digunakan.
Lihat Juga :   Macam Mana Buat Duit Dengan Facebook Gaming Live Streamer

5. Uji Port USB dan CD / DVD Drive

Cuba semua port USB, headphone jack, port Ethernet, HDMI, slot kad SD dan input lain yang tersedia. Sebilangan besar ini produk yang datang bersama (onboard) dan agak mahal untuk diganti kalau rosak. Jika ada CD / DVD drive, Periksa juga adakah ia berfungsi. Tetapi notebook yang baru-baru sudah tidak ada CD/DVD Drive ini.

6. Periksa Wireless

Sesuatu komputer riba tidak sempurna jika Wi-Fi tidak berfungsi, jadi pastikan anda dapat melihat dan menyambung ke rangkaian Wi-Fi tanpa masalah. Anda boleh test dengan connect kepada personel hotspot handpone.

Periksa juga untuk melihat bagaimana prestasi Bluetooth.

7. Uji Webcam dan Mic dan Pembesar suara

Sebilangan besar webcam dan speaker pada komputer riba terpakai/ notebook terpakai ini mungkinlah tidak mempunyai kualiti yang sebaik yang baru. Tapi anda perlu uji untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.

Untuk menguji Mic dan pembesar suara (speaker) saya mengesyorkan anda untuk menggunakan halaman web berikut : www.onlinemictest.com/sound-test/

Manakala bagi menguji webcam, anda boleh layari url berikut : webcamtests.com.

8. Periksa Keadaan Bateri

Anda mungkin tidak selalu dapat melakukan pemeriksaan bateri secara menyeluruh dalam kebanyakan kes. Namun, anda boleh mendapatkan idea kasar tentang berapa lama bateri sesebuh notebook terpakai mampu bertahan dengan pergi ke Power Managment Settings dalam OS dan anda boleh lihat berapa lama bateri boleh bertahan dan status kesihatan bateri

Untuk semakan fizikal, sila pastikan bateri dapat di cas apabila kable power dicucuk pada notebook.

Lihat Juga :   Inilah Cara Anda Boleh Semak Status Pendaftaran Pemilih Anda Menjelang PRU15

9. Pemeriksaan Perisian

Terdapat beberapa pemeriksaan perisian yang harus anda lakukan. Pertama, periksa untuk memastikan sistem operasi yang dimuatkan asli atau tidak.
Periksa lesen perisian yang disertakan dengan komputer riba dan pastikan sebarang kunci produk disediakan untuk anda. Minta CD perisian asal, Recovery CD , Driver dan media-media lain jika ada yang disertakan dengan komputer riba.

10. Pastikan anda mendapat tawaran yang baik

Sebelum anda berkomitmen untuk membeli komputer riba terpakai tersebut, pastikan anda membandingkan harga yang disebutkan dengan harga yang setaraf baru atau diperbaharui.

Jika anda kurang arif mengenai spesfikasi komputer, boleh rujuk mereka-mereka yang pakar atau tahu untuk mendapatkan sedikit guidelines.

Membeli komputer riba terpakai tidak semestinya sukar. Dengan melakukan pemeriksaan mudah ini, anda berpotensi untuk mengelakkan melakukan pembelian yang anda akan sesali.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!