Xiaomi: Klon Apple Watch berharga RM 249, mempunyai jangka hayat bateri 9 hari

Xiomi Mi Watch Lite
Semak harga di Shopee
Smart watch Xiaomi yang baru tidak akan memenangi sebarang pertandingan keaslian kerana ianya meniru / klon Apple Watch . Xiomi Mi Watch Lite walaupun ciri-cirinya mungkin tidak sama dan tidak setanding dengan Apple Watch, tetapi ia mengalahkan Apple Watch dalam dua perkara penting, dan dengan margin besar.
Xiaomi Mi Watch Lite, seperti yang disebutnya, adalah jam tangan pintar segi empat tepat dengan paparan LCD 1,4 inci, dengan resolusi 320×320 piksel. Ia menyokong notifications telefon, kawalan muzik, penjejakan kecergasan dengan 11 sports modes, heart-rate monitoring, dan sleep monitoring.
Jam tangan ini tahan air dengan penarafan ATM 5, dan mempunyai built-in GPS/GLONASS , serta barometer dan accelerometer.
Hayat Bateri 9 Hari
Walaupun Mi Watch Lite tidak mempunyai semua ciri canggih Apple Watch, seperti pengukuran tahap oksigen darah yang tepat, tapi ianuya menang dengan satu ciri yang sangat penting: hayat bateri. Menurut Xiaomi, Mi Watch Lite akan bertahan hingga 9 hari, berbeza dengan jangka hayat bateri yang diiklankan oleh Apple Watch selama 18 jam.
Hayat bateri pada Mi Watch Lite menyusut menjadi hanya 10 jam jika anda menghidupkan GPS dalam mod sukan (sport mode).
Xiaomi Mi Watch Lite juga sangat murah untuk apa yang ditawarkannya. Menurut Android Central, harganya hanya 50 euro ($ 61) (RM250) di Eropah dan akan dilancarkan pada 22 Disember 2020