Bagaimana untuk membersihkan (Sanitize) telefon pintar anda

Sanitize telefon pintar

Risau mengenai coronavirus? Inilah caranya untuk menjaga kebersihan peranti elektronik seperti telefon, tablet, dan komputer riba.

Terdapat lebih banyak lagi untuk menjaga telefon pintar anda bersih daripada hanya kain microfiber.

Di tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penyebaran COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh coronavirus novel, Apple telah mengemaskini panduannya tentang bagaimana untuk menjaga iPhone dan peranti elektronik lain supaya bersih dan bebas daripada kuman.

Apple juga memaklumkan bahawa adalah benar-benar selamat untuk lap pada skrin dan badan produk menggunakan alkohol.

Kajian telah menunjukkan bahawa telefon pintar adalah tempat pembiakan untuk kuman dan pathogens yang lain, menjadikannya adlaah penting untuk memastikannya bersih. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan coronavirus novel, yang penyelidikan menunjukkan bahawa coronavirus mungkin bertahan pada permukaan selama berjam-jam atau bahkan hari.

Sebelum panduan yang dikemaskini oleh Apple, yang diterbitkan pada hari Isnin, terdapat kekeliruan yang jelas tentang sama ada boleh atau tidak menggunakan alkohol untuk mencuci telefon kerana dikhuatiri boleh merosakkan telefon pintar, terutamanya lapisan “oleophobic” untuk finger print.

Macam mana Cara Unutk Sanitize telefon pintar Anda

“Dengan menggunakan 70 peratus isopropyl alcohol wipe atau Clorox Disinfecting Wipes,  dengan lembut anda boleh mengelap permukaan telefon pintar anda, seperti paparan, papan kekunci atau permukaan luaran yang lain,” kata Apple.

Syarikat mengesyorkan agar ‘shutdown’ peranti terlebih dahulu dan elakkan menggunakan peluntur, dan “Jangan gunakan [kain lap pada kain atau permukaan kulit,” tambah Apple.

 

 

Lihat Juga :   10 Aplikasi Windows Yang Perlu Ada Dalam PC Anda

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!