Bantuan Back To School MBI Selangor

Back To School MBI Selangor

Sukacita dimaklumkan bahawa bantuan Back To School MBI Selangor kini dibuka untuk permohonan.

Untuk makluman, had pendapatan kini ditetapkan bawah RM 4,000 untuk permohonan sesi persekolah tahun hadapan berbanding RM 2,500 sebelum ini.

MBI Selangor adalah badan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No : 3 1994) pada 21 September 1994.

Badan ini diwujudkan khas untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik kerajaan negeri serta mewakili kerajaan negeri bagi melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Badan ini turut memainkan peranan dalam menyokong pembangunan negeri Selangor serta menjalankan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.

Ibu bapa warga Selangor yang berkelayakan boleh ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan ini dengan lebih lanjut.

Back To School MBI Selangor
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr G Gunarajah (tiga dari kiri) bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (empat dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan pada majlis sumbangan komputer riba kepada pelajar IPTA/IPTS B40 di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Apakah Bantuan Back To School MBI?

Bantuan Back To School MBI Selangor merupakan inisiatif tunai berjumlah RM 100 yang diperuntukkan kepada 300 penerima bagi setiap DUN.

Tarikh Permohonan

Tarikh bagi permohonan bantuan ini telah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2023.

Syarat Permohonan Bantuan Back To School MBI Selangor

Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Ibu atau bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pengundi di DUN yang dipohon.
  3. Pendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawah.
  4. Pelajar bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) pada tahun 2023.
  5. Pemohon mestilah bukan penerima BINGKAS, mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan lain-lain.
Lihat Juga :   Lelaki ditahan polis Malaysia kerana menaiki kereta Lori di hadapan dan dihantar ke wad psikiatri

Kaedah Permohonan

Permohonan perlu dilakukan menerusi pejabat DUN atau penyelaras DUN di tempat tinggal pemohon.

Anda boleh hubungi pejabat DUN / penyelaras DUN dengan merujuk senarai direkori Pusat Khidmat DUN di pautan berikut :

DIREKTORI PUSAT KHIDMAT DUN

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga dikehendaki untuk bawa bersama ke pejabat DUN atau penyelaras DUN untuk buat permohonan :

  1. Salinan Kad Pengenalan Bapa
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu
  3. Salinan Kad Pengenalan Anak
  4. Salinan Slip Gaji terkini atau Pengesahan Pendapatan (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk)
  5. Pengesahan mastautin (Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Nazir/Pengurusan Sekolah)

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan, sila hubungi pejabat DUN atau penyelaras DUN kawasan anda.

Sumber : selangorkini.my

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!