728*90

Bukit Broga Diarah Tutup!

bukit broga tutup

PUTRAJAYA – Bukit Broga, Selangor yang menjadi tumpuan pendaki di sekitar Lembah Klang diarah tutup sepenuhnya berkuat kuasa Sabtu ini, bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

banner

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Seksyen 18, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Ia ditutup sehingga dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

bukit broga tutup bukit broga diarah tutup

 

Menurutnya, kerajaan sering menekankan dalam situasi normal baharu rakyat merupakan sistem pertahanan negara dalam memerangi wabak itu.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru orang ramai tidak alpa dan mengambil mudah terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan normal baharu.

Beliau berkata, pihaknya menyedari pematuhan SOP dalam kalangan individu, syarikat dan industri semakin menurun sebagaimana dipaparkan di media sosial.

“KKM berharap segala usaha kita selama ini untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 diteruskan oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar di Facebook keadaan Bukit Broga sesak dikunjungi pendaki.

 

Hits: 91

Lihat Juga :   Malaysia Tertinggi Corona COVID-19 di Asia Tenggara, Indonesia Kematian Tertinggi

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply