Cara Baiki Posting WordPress yang Keluar Page 404

Page 404

WordPress adalah CMS yang hebat. Kadang kala sedikit perubahan boleh menjadikan laman web anda tidak dapat di capai dan contohnya akan keluar page 404. Walau bagaimanapun, mencari jalan keluar untuk masalah WordPress sangat mudah .

Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pengguna WordPress adalah posting WordPress yang mengeluarkan Ralat 404. Dalam artikel ini kami akan menunjukkan kepada anda cara memperbaiki posting WordPress yang mengeluarkan page 404.

page-404

Biasanya dalam senario ini pengguna dapat mengakses Dashboard pentadbir WordPress mereka, halaman utama blog mereka, tetapi ketika mengakses satu posting, mereka mendapat ralat ini dimana page / posting tidak dijumpai.

Cara Menyelesaikan Masalah Page 404

Pertama sekali, jangan panik selalunya posting anda masih ada dan selamat sepenuhnya. Ini biasanya berlaku jika fail .htaccess anda dipadamkan atau ada yang tidak kena dengan peraturan setting menulis di dalam wordpress. Apa yang perlu anda lakukan ialah memperbaiki tetapan permalinks anda.

Sila lihat video berikut : (Video Dari wpbeginner)

Dari video tersebut, anda hanya perlu pergi ke Settings » Permalinks, dan terus klik pada Save Changes.

Ini akan mengemas kini tetapan permalinks anda dan peraturans/setting penulisan anda.

Dalam kebanyakan kes, penyelesaian ini dapat menyelesaikan masalah ralat 404 pada posting/page WordPress.

Walau bagaimanapun, jika ia tidak membantu, anda mungkin perlu mengemas kini fail .htaccess anda secara manual.

 

Log masuk ke pelayan anda menggunakan FTP, dan ubah fail .htaccess yang terletak di lokasi yang sama dengan folder seperti / wp-content / dan / wp-include / berada.

Cara paling selamat yang boleh anda lakukan ialah membuat fail sementara writeable dengan menukar kepada permission 666. Kemudian selepas edit. Jangan lupa untuk menukar kebenaran kembali ke 660. Anda juga boleh menambahkan kod ini secara manual dalam fail .htaccess anda:

Hits: 32

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply