Cara Copy Data dari iPhone lama ke Yang Baru

Jika anda telah menaik taraf ke model terbaru atau anda ingin membuat copy data dari iPhone lama ke iphone baru, perkara pertama yang ada di fikiran anda dan hampir semua orang adalah bagaimana memasukkan segala data dari iPhone lama ke yang baru. Inilah yang perlu anda lakukan.
iCloud Backup? Tidak Semua Orang Ada Masa untuk Itu
iCloud telah wujud sejak tahun 2011, dan sangat berguna untuk memastikan bahawa kandungan pada peranti iOS anda sentiasa di backup ke awan. Sangat bagus untuk perkara seperti menjamin foto percutian anda tidak hilang walaupun anda bertukar telefon, menguruskan contact dan bahkan tugas yang berguna seperti mencari iPhone anda melalui GPS.
Tetapi apabila tiba masanya untuk memindahkan semuanya ke telefon baru, iCloud agak rumit. Walaupun iPhone lama anda hanya mempunyai storan 16GB, jika dibackup penuh dengan foto, video, data peribadi, dan lain-lain, itu masih merupakan muat turun yang besar walaupun anda mempunyai line internet yang baik.
Jadi kami mengesyorkan menggunakan iTunes sebagai gantinya – memerlukan sedikit masa.
Apa yang Anda perlukan Untuk Copy Data dari iPhone Lama?
Untuk mengikuti tutorial hari ini, anda hanya memerlukan beberapa perkara – tetapi baca atikel ini dengan teliti, kerana terdapat peringatan besar bagi orang yang ingin bertukar ke telefon baru.
Pertama sekali, anda memerlukan akses ke komputer di mana anda boleh download dan install iTunes-yang tersedia untuk Windows dan macOS. Anda mungkin sudah memilikinya, tetapi jika tidak, pinjam dari rakan. Pastikan ruang hardisk anda mencukupi untuk salin / backup fail dari iphone lama anda – jika anda mempunyai telefon 64GB yang penuh dengan data/file/image dan lain-lain, anda juga memerlukan ruang kosong 64GB di PC. (Jangan risau, anda boleh memadamkan backup itu setelah anda memulihkannya ke telefon baru anda.)
Kedua, anda memerlukan dua telefon – telefon lama dan telefon baru anda – dan sync kabel yang sesuai.
Langkah Pertama: Backup Iphone Lama Anda
Mesej ini agak mengelirukan bagi mereka yang tidak biasa dengan iTunes, dan mungkin menyebabkan anda sedikit panik. Ini seolah-olah seperti Delete (“buat seperti iPhone baru”).
Fungsi pilihan ini adalah sebenranya adalah untuk “Buat profil baru di iTunes untuk telefon ini“, kerana itulah maksudnya. Jangan panik: pilihan ini tidak akan delete atau factory reset telefon anda. Klik pada Continue dan proceed ke skrin seterusnya.
Perhatikan ikon device / iphone akan muncul di bar navigasi dan klik padanya, seperti di bawah.
Dalam paparan detail device, cari bahagian “Backup”. Di bahagian itu pastikan anda pilih “Encrypt iPhone Backup” dipilih di sebelah kiri sebelum klik kepada “Back Up Now“.
Sebaik sahaja anda klik pada “Back Up Now“, duduk dan tunggu beberapa minit ketika iTunes akan membuatt backup dari iphone anda kepada hardisk komputer anda.
Apabila proses selesai, keluarkan telefon lama anda dari komputer .
Langkah Kedua: Recovery Backup ke iPhone Baru Anda
Tidak semua orang tahu bawaha anda boleh mengambil backup dari telefon lama (katakanlah, iPhone 5s lama anda) dan hanya restore sepenuhnya di atas telefon baru anda (katakanlah, iPhone 7). Tidak ada langkah khas yang diperlukan.
Cukup ambil peranti baru anda dan pasangkan ke PC yang sama dengan kabel sync. Tunggu ia di install di iTunes. Telefon baru akan didaftarkan sebagai peranti iTunes baru dan anda akan melihat skrin sama seperti langkah Pertama tadi. – cuma kali ini anda perlu :
Pada skrin “Welcome to Your New iPhone“, pilih pilihan “Restore from this backup” dan kemudian pilih backup yang dari telefon lama anda. Klik “Continue” setelah anda pasti bahawa sandaran adalah yang betul.
Duduk dan berehat kerana semua data lama anda disalin ke telefon baru anda. Setelah proses selesai, anda akan melihat mesej muncul yang menunjukkan bahawa peranti anda akan di reboot semula:
Selepas reboot, buka semula iTunes akan apa ada perlu buat adalah buat beberapa pemeriksaan (seperti, misalnya, ia mungkin meminta anda mengemas kini iOS jika peranti baru dapat menjalankan versi iOS yang lebih tinggi daripada peranti lama) dan semak semua foto, contact, aplikasi, data Health apps dan lain-lain.
Sekarang semua data dari telefon lama anda kini akan berada di telefon baru anda. Mudah sahaja kan dan ianya lebih selamat dan cepat
Selamat Mencuba
Baca Juga : Honor 9X Malaysia: Apa yang anda perlu tahu