GOOGLE MENGELUARKAN AMARAN SEGERA KEPADA SEMUA PENGGUNA GMAIL!

Jika anda mempunyai akaun Gmail, maka penting untuk menyemak makluman amaran ini yang dikeluarkan oleh Google. Google mengeluarkan amaran kepada setiap pengguna Gmail berikutan kes scam/penipuan baharu yang muncul dan menimbulkan ancaman kepada pengguna. Serangan siber menggunakan penjenamaan Google dan bermula dengan baris subjek yang berbunyi “Customer reward program”.

AWAS! ADA SCAM BARU MENGGUNAKAN JENAMA GMAIL

Pengguna yang menerima dan membuka e-mel Gmail palsu diberitahu bahawa mereka adalah bertuah dan akan menerima ganjaran. Mereka disajikan dengan mesej seperti mereka telah membuat carian ke-18.25 bilion di Google. Ada mesej yang berbunyi: “Tahniah! Anda pengguna Google yang bertuah! “Setiap carian ke-10 juta dicapai di seluruh dunia, kami akan mengumumkan pengguna bertuah untuk menghantar hadiah terima kasih. Anda adalah pengguna bertuah!”

Mesej tersebut memerlukan pengguna Gmail untuk mengklik pada link tertentu. Hanya dengan mengklik pada pautan itu, mereka akan boleh mendapatkan “hadiah” mereka.

Menurut Google, ini hanyalah satu bentuk penipuan baharu. Ini adalah cara untuk penggodam mengakses data peribadi. Dengan itu, mereka boleh mencuri wang dan identiti. Google kini menggesa pengguna untuk terus berwaspada terhadap penipuan ini. Oleh itu, lihat inbox anda dengan teliti dan laporkan apa-apa yang mencurigakan. Selain itu, cuba semak kesahihan tentang apa-apa kempen sebelum klik pada link atau reply kepada email tersebut.

Sumber : mirror.co.uk

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *