HelloGold : Cara Simpan Emas Sedikit Demi Sedikit
HelloGold adalah aplikasi membeli emas mudah alih patuh syariah yang pertama di dunia, membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Anda boleh menguruskan akaun anda secara mudah dan menikmati harga pembelian dan penjualan yang kompetitif dalam pasaran. Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menyimpan emas fizikal kerana emas gred pelaburan.
Bagaimana Untuk Mula Menyimpan di HelloGold
Apakah jenis emas yang digunakan oleh HelloGold?
HelloGold menggunakan jongkong emas 1 kilo gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% yang diperuntukkan sepenuhnya. Emas kami bersumber daripada tukang emas antarabangsa yang dikenali sebagai Produits Artistiques Métaux Précieux (PAMP) yang merupakan sebahagian daripada London Bullion Market Association (LBMA). PAMP ialah satu daripada hanya tiga buah kilang penapis di seluruh dunia yang dilantik sebagai ‘Approved Good Delivery Referees’ oleh LBMA. Ini bermakna emas kami dijamin berkualiti tinggi!
HelloGold yang dikatakan berpengkalan di singapore dimana gold vault mereka terletak di singapore. Hellogold dikatakan establish pada tahun 2015 dan mendapat shariah compliant pertama dalam urusan jualbeli gold melalui smartphone.
Penyimpanan gold dalam Hellogold akan dikenakan charge tahunan sebanyak 2% dan charging tersebut dikira setiap hari mengikut jumlah Gold yang disimpan. HelloGold juga menawarkan fizikal gold untuk dikeluarkan dan dikatakan perlu diambil di vault singapore.
Kelebihan HelloGold
Terdapat 2 kelebihan Hellogold berbanding dengan gold akaun yang iaitu :
- Hellogold menawarkan pembelian serendah 0.01gram mengikut harga semasa dan free transaction fees jika pembelian dibuat menggunakan boost wallet.
- Hellogold menawarkan SmartSaver account dimana jika anda aktifkan smartsaver, sistem tersebut akan membeli gold pada harga terendah harian mengikut jumlah pelaburan yang anda mahukan. Contoh :
- Anda mahu melabur sebanyak RM100 sebulan selama setahun.
- Anda hanya memasukkan RM100 setiap bulan kedalam akaun dan sistem smartsaver akan secara automatik membahagikan RM100 kepada jumlah hari setiap bulan.
- Gold juga akan dibeli secara automatik secara harian merujuk kepada harga terendah pada hari tersebut.
- Hellogold turut memberi kemudahan transfer gold to gold account dikalangan Hellogold

Bagaimanakah HelloGold mematuhi Shariah?
HelloGold telah menerima pengiktirafan Patuh Shariah oleh Amanie Advisors. Semua operasi dan proses kami adalah selaras dengan Piawaian Shariah terhadap Emas. Piawaian Shariah terhadap Emas dibangunkan bersama dengan Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), World Gold Council dan Amanie Advisors.
Emas merupakan item Ribawi, yang mana sesiapa sahaja yang membelinya perlu berhati-hati dan memastikan ia memenuhi syarat-syarat tertentu di bawah undang-undang Shariah. HelloGold telah memenuhi dua syarat paling penting:
- Ia dijamin oleh emas secara fizikal serta diperuntukkan sepenuhnya, dan
- Proses membeli dan menjual emas secara fizikal dilengkapkan dalam masa yang dibenarkan oleh piawaian.
Lihat Fatwa yang dikeluarkan atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Emas Shariah, klik sini.