Netflix Mengumumkan Studio Permainan Video Dalamannya Sendiri

netflix game

Netflix mengumumankan bahawa ia sedang menubuhkan studio permainan dalaman di Helsinki, Finland. Ia akan diterajui oleh Marko Lastikka, yang sebelum ini merupakan GM Zynga Helsinki

Sememangnya, dengan pengumuman yang baru dibuat, ia akan menunggu lama sebelum studio boleh memberi access kepada pengguna yang boleh dimainkan. Pihak Netflix mengatakan bahawa ianya adalah, “ia masih awal“, dan “membuat permainan boleh mengambil masa bertahun-tahun”.

CNBC melaporkan bahawa menurut statistik oleh Apptopia, kurang daripada 1% pelanggan aktif Netflix bermain permainan syarikat penstrim itu. Daripada 221 juta pelanggannya, hanya 1.7 juta didaftarkan sebagai pengguna harian permainannya.

(Sumber: Netflix)

Lihat Juga :   Ujian beta Permainan Google Play Games dibuka untuk Windows

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!