PENDAFTARAN KELAHIRAN DALAM TEMPOH PKP

PENDAFTARAN KELAHIRAN DALAM TEMPOH PKP

Untuk kelahiran yang memasuki fasa lewat ketika pendaftaran iaitu selepas 60 hari kelahiran bagi Semenanjung dan 42 hari bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, serta berlaku antara 18 Januari 2020 sehingga 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan dan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 tamat, pemaklum tidak perlu mengisi borang daftar lewat kelahiran, tetapi hanya perlu mengisi borang daftar kelahiran biasa dan disertakan dengan 2 Akuan Berkanun (Borang Am 80 – klik untuk muat turun) dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk pendaftaran kelahiran biasa. Akuan Berkanun ini perlu menyatakan sebab “pelaporan kelahiran adalah dalam tempoh PKP atau PPN”.

        Akaun Berkanun ini perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah oleh dua individu (ibu/bapa/ahli keluarga/individu yang mengetahui tentang kelahiran tersebut). Akuan Berkanun yang telah lengkap hanya perlu dibawa oleh salah seorang yang menandatangani Akuan tersebut ke pejabat JPN untuk mendaftarkan kelahiran.

        Pendaftaran kelahiran yang memasuki fasa lewat dalam tempoh PKP atau PPN (Fasa 1 dan Fasa 2) diberi pengecualian fi sebanyak RM50 (Semenanjung Malaysia) dan RM10 (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Pengecualian ini hanya terpakai bagi kelahiran yang berlaku antara 18 Januari 2020 sehingga 90 hari selepas PKP dan PPN Fasa 2 tamat.

Sumber : Jabatan Pendaftaran Negara

Untuk tujuan pendaftran bayi baru lahir, anda boleh layari halaman JPN berikut : osdftrlhr.jpn.gov.my

Leave a Reply

%d bloggers like this: