- Pelakon Kristen Bell menyiarkan gambar tangan ibunya di Instagram, yang di imbas dengan cahaya UV untuk menunjukkan kesan kuman pada tangan.
- Foto menunjukkan berapa perbezaan yang dilakukan untuk membilas tangannya selama enam saat, dan menggosoknya dengan sabun dan air selama 30 saat.
- Business Insider melakukan eksperimen yang sama, membandingkan hand sanitizer dan mencuci tangan dengan sabun, yang menunjukkan perbezaan yang ketara.
- Para pegawai kesihatan mengatakan adalah penting bagi semua orang untuk mempunyai hand sanitizer ketika mereka tidak mempunyai akses kepada air dan sabun, tetapi tidak menggunakannya sebagai pengganti jika anda mempunyai pilihan sabun dan air.
Kita semua (mudah-mudahan) membasuh tangan kita setiap hari, tetapi jarang sekali melihat seseorang yang membasuh, dan menggosok tangan hingga 30-saat penuh, tetapi dengan penyebaran pelbagai penyakit berjakit seperti coronavirus ini, kita semua dinasihatkan untuk melakukannya dengan lebih kerap.
Jika anda mendapati anda susah untuk mengamalkan dan menjadikan tabiat untuk membasuh tangan dengan lebih lama, diharapkan pengkongsiaan daripada aktres Kristen Bell akan motivasi kepada anda.
Pada hari Rabu, Bell menyiarkan satu siri foto di Instagram yang dihantar oleh ibunya yang menunjukkan tangannya pada tahap kebersihan yang berbeza.
Menggunakan cahaya UV dan krim yang dipanggil Glo-Germ – minyak mineral yang boleh melekat kepada kuman, dan ianya hanya boleh dilihat di bawah sinaran UV jika minyak mineral terkena kepada kuman.
Pada gambar tersebut, dengan jelas dapat melihat berapa banyak kotoran di tangannya, walaupun tangan kelihatan bersih pada pandangan mata kasar.
Anda boleh lihat perbezaan yang ketara antara mencuci tangan selama enam (6) saat dengan sabun dan mencuci 15 saat dengan sabun.
Walaupun gambar yang ditunjukkan adalah lebih kurang sama, terdapat juga perbezaan yang ketara di antara mencuci 15 saat dengan sabun dan 30 saat: Selepas 15 saat, ibu Bell masih mempunyai kesan (warna putih) bakteria yang tersangkut di kedutan jari-jari tangannya, tetapi kesan bakteria itu hilang selepas ianya digosok dengan air dan sabun selama 30 saat.
Business Insider melakukan eksperimen yang sama membandingkan tangan yang dibersih menggunakan sabun dan tangan yang menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer).
Para pegawai kesihatan bersetuju bahawa ia adalah idea yang baik untuk semua orang menggunakan hand sanitizer, terutamanya mereka yang mempunyai keadaan masalah seperti asma atau emfisema, tetapi menggesa orang ramai untuk tidak memandangnya sebagai pengganti sabun dan air.
Seperti hasil yang telah diperolehi oleh Business Insider yang dapati hand sanitizer adalah berkesan, tetapi tidak seberkesan seperti mencuci tangan dengan sabun.
Paul Barcena
Saya mengenakan Glo-Germ dan selepas membuat imbasan foto pada tangan dengan sinar UV, didapati ianya sangat kotor hasil daripada beberapa aktiviti yang saya buat seperti pergi ke farmasi untuk membeli barangan isi rumah, menggunakan wang tunai dan juga menyentuh pad kekunci untuk memasukkan nombor kad reward saya. Seperti yang anda lihat, mereka agak kotor.
Kemudian, saya meletakkan beberapa titik dari pembersih tangan Purell. (Untuk memastikan hand sanitizer anda berkesan, anda memerlukan hampir satu sudu teh, menurut Majlis Sains dan Kesihatan Amerika.)
Dengan itu, kuman dibersihkan sedikit sahaja. Bagaimanapun, hand sanitizer / pembersih tangan tidak membuang bakteria (seperti sabun tangan). Ia hanya meneutralkan bakteria, tetapi meninggalkannya di tangan anda. Mungkin boleh aktif semula.
Paul Barcena
Foto yang paling menarik adalah yang foto yang terakhir, selepas saya membasuh tangan saya selama 20 saat dan dibilas selama lima hingga 10 saat. Ia adalah foto yang paling tidak “berseri”, kerana terdapat sedikit kuman untuk Glo-Germ berpaut. Tiada lagi kesan / tompokan putih pada tangan jika anda lihat gambar di bawah.
Paul Barcena
Sumber : Business Insider