Samsung Galaxy Watch 5 akan dilengkapi dengan sensor suhu badan

Samsung Galaxy Watch 5 akan dilengkapi dengan sensor suhu badan

Samsung Galaxy Watch 5 akan dilengkapi dengan sensor suhu badan menurut aporan dari Ubergizmo (15/3) dari penerbitan Korea ETNews, Samsung telah menemui cara untuk memasukkan sensor suhu badan ke dalam peranti smartwatch.

Tetapi adakah bacaan ini boleh menjadi tepat? kerana salah satu masalah dengan jenis sensor ini ialah apabila dipakai pada pergelangan tangan, ia mungkin tidak begitu tepat kerana suhu badan boleh dipengaruhi oleh banyak faktor lain yang tidak berkaitan dengan penyakit, seperti cuaca atau baru lepas bersukan atau membuat aktiviti lasak. Laporan itu mendakwa bahawa ini adalah salah satu sebab Samsung menangguhkan daripada memasukkan sensor ke dalam wearable mereka. 

Walau bagaimanapun, mereka kini mendakwa bahawa Samsung telah menyempurnakan teknologi tersebut dan akan sensor yang dipasang akan dapat memberikan ukuran yang lebih tepat. Tidak jelas bagaimana sensor ini akan berfungsi, tetapi jika andaian itu betul, ia boleh menjadi ciri yang agak menarik untuk dimiliki dan menjadikan smartwatch adalah sesuatu yang satu alat yang perlu ada  kerana ianya dilengkapi dengan banyak fungsi.

Sumber : Korea ETNews

Lihat Juga :   Samsung: Siri Galaxy Note Ditamatkan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!