Senarai ATM Untuk Tukar Duit Raya : Maybank, Ambank, & Affin Bank

Tahukah anda, bagi tahun 2023 ini, terdapat beberapa pilihan mesin ATM yang menyediakan perkhidmatan tukar duit raya.

Antara ATM yang menyediakan perkhidmatan ini adalah Maybank, Ambank dan Affin Bank.

Berikut kami kongsikan cara membuat penukaran duit raya dan senarai ATM yang menyediakan perkhidmatan ini.

i) ATM Maybank

Ikuti perkongsian Mohd Shukur di Facebook.

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru. Note kertas yang disediakan :  RM10 & RM50 

ATM maybank duit raya

Jangan lupa minta sampul raya daripada kaunter depan jika masih ada. 

Senarai Lokasi Mesin ATM Maybank Raya

Berikut senarai ATM Maybank di seluruh Malaysia yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya di mesin ATM bagi tahun 2023.

ATM Maybank tukar duit raya

ii) Ambank ATM Duit Raya RM10

Sempena sambutan Hari Raya yang hampir tiba, sukacita diumumkan bahawa wang kertas RM10 kini tersedia untuk pengeluaran di ATM tertentu di seluruh Malaysia.

Sila rujuk senarai ATM Ambank di bawah:

Senarai Lokasi Mesin ATM Ambank Raya

Not kertas yang disediakan : RM10

Klik di sini​ untuk senarai ATM AmBank yang berdekatan dengan anda.

Maklumat lanjut: https://www.ambankgroup.com/

Ambank mesin ATM tukar duit raya

iii) Affin Bank

Terdapat sejumlah 109 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic yang mempunyai ATM Raya yang bernilai RM10 dan RM50.

Lihat Juga :   Projek Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Gua Musang mungkin ditangguh sementara sebelum Syawal

Sila rujuk senarai ATM Affin Bank di bawah:

Senarai Lokasi Mesin ATM Affin Raya

Tarikh : Sehingga kehabisan stok

Not kertas yang disediakan : RM10 & RM50

Untuk maklumat lanjut, sila nantikan pengumuman khas dari pihak Affin Bank melalui laman web rasmi : https://www.affinalways.com/

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!