728*90

Buat Duit Sebagai Shopee Express Rider

shopee express rider malaysia

 

banner

Pekerjaan penunggang / rider untuk penghantaran makanan / barangan sudah menjadi satu fenomena baru di dunia. Dan permintaan nya meingkat secara mendadak apabila dunia dilanda Covid-19. Pekerjaan ini mendapat sambutan tinggi di seluruh dunia, dan pekerjaan ini adalah pekerjaan yang dibenarkan oleh kerajaan sepanjang tempoh PKP tempoh hari.

Dengan bertambahnya online shopping website, maka bertambahlah khidmat penghantaran barang ini. Kalau dulu, kita hanya ada syarikat-syarikat seperti pos malaysia, DHL dan lain-lain. Sekarang kita akan jumpa banyak syarikat-syarikat lain yang tumbuh. sama ada syarikat itu merupakan syarikat tempatan atau brand dari luar negara yang membuka cawangan di Malaysia. 

Salah satu antara service rider yang biasa digunakan oleh pembeli-pembeli di sesawang shopee adalah Shopee Express. 

Shopee Express

Pengiriman Percuma Shopee Express adalah program penghantaran Shopee dengan Shopee Express yang akan membolehkan anda menghantar bungkusan anda secara percuma untuk pesanan hingga 3KG. Program Penghantaran Percuma Shopee Express hanya berlaku untuk penghantaran di Malaysia Barat sahaja.

Apa itu Shopee Express Rider? Ia merupakan satu perkhidmatan penghantaran barangan kepada pelanggan dan tugas rider ini adalah melakukan penghantaran barang/servis kepada pelanggam dengan menaiki motorsikal.

Melalui Shopee Express Rider ini, ia membuka peluang untuk orang ramai diluar sana untuk membina kerjaya bersama syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembelian secara atas talian ini. Berikut adalah cara untuk memohon pekerjaan Shopee Express Rider tersebut :

 Syarat Mohon Jadi Shopee Express Rider

macam mana nak jadi rider shopee express

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan untuk menjadi sebagai Shopee Express Rider ini, berikut merupakan caranya :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Jantina lelaki diberi kelebihan
  • Fasih dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  • Mempunyai motorsikal sendiri
  • Mempunyai lesen kenderaan yang sah, insurans kenderaan
  • Mempunyai telefon pintar (sertakan dengan power bank)
  • Mempunyai pengalaman kerja minimum kurang daripada setahun
  • Terbuka bermula daripada peringkat lepasan SPM.
  • Bersikap positif dan ada friendly attitude
  • Minimum gaji adalah RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan
  • Manfaat lain : Gaji pokok + EPF dan SOCSO + Insurans + Komisen

Cara Mohon/Daftar Shopee Express Rider

  1. Sila layari laman web Shopee Careers 
  2. Pada laman seterusnya, tekan butang Search Job.
  3. Kemudian, pada ruang Enter keywords, masukkan Shopee Express.
  4. Untuk search result, sekiranya ada peluang kerja yang tertera berkaitan dengan rider untuk Shopee Express, tekan jawatan tersebut.
  5. Anda akan dibawa ke laman yang seterusnya yang memaparkan perincian maklumat tentang kerjaya ini seperti Job Description dan juga Requirements.
  6. Setelah membaca dan memahami segala perincian yang terkandung di laman, tekan butang Apply Now.
  7. Laman seterusnya ialah laman untuk Application Form. Pada ruang Title, masukkan gelaran untuk anda sama ada Mr, Mrs. , Ms atau Others.
  8. Pada First Name, masukkan nama anda.
  9. Pada Last Name (Surname), masukkan nama keluarga anda. (First Name dan Last Name ini adalah untuk anda yang bukan beragama Islam. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan gabungan nama anda dan nama bapa anda untuk First Name dan Last Name.
  10. Pada ruang My Location, masukkan lokasi anda berada, iaitu tempat tinggal anda, ataupun tempat anda menetap sekarang dan boleh menjalankan servis Shopee Express.
  11. Pada ruangan Highest Education, masukkan pencapaian akademik tertinggi anda.
  12. Pada ruangan LinkedIn Profile URL, masukkan URL profil LinkedIn anda yang boleh didapati di LinkedIn.
  13. Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda.
  14. Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda.
  15. Pada ruangan Comments, masukkan sebarang komen anda tentang permohonan anda atau cerita sedikit tentang diri anda dan sebab memohon.
  16. Tekan butang Upload untuk memasukkan resume anda dalam application form
  17. Tekan butang Submit. Selesai

 

Lihat Juga :   5 Laman Web Untuk Mencari Remote Job dengan Cepat pada tahun 2019

Baca JugaMacam Mana Nak Jadi FoodPanda Rider

Hits: 171

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply