Whatsapp : Cara menukar nombor telefon anda

cara tukar no whatsapp

Whatsapp mempunyai fungsi / ciri yang membolehkan anda menukar nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun WhatsApp anda pada telefon baharu atau sama. Sebelum menukar nombor telefon anda:

  • Pastikan bahawa nombor telefon baharu anda boleh menerima SMS atau panggilan telefon dan mempunyai sambungan selular yang aktif.
  • Pastikan bahawa nombor telefon lama anda didaftarkan di WhatsApp pada masa ini. Anda boleh mencari nombor telefon anda yang telah didaftarkan dengan membuka WhatsApp, kemudian klik More Option > Setting > klik pada foto profil anda.

Menukar nombor telefon pada telefon yang sama

Jika anda menukar nombor telefon anda dan menggunakan telefon yang sama, pertama sekali masukkan kad SIM baharu dengan nombor telefon baharu ke dalam telefon anda.

  1. Buka WhatsApp.
  2. Ketik More Options > Setting > Account > Change Number > Next.
  3. Masukkan nombor telefon lama anda dalam medan pertama dan nombor telefon baharu dalam medan kedua, kedua-duanya dalam format antarabangsa lengkap.
  4. Ketik SETERUSNYA.
    • Jika anda hidupkan Beritahu kenalan, anda boleh memilih untuk memberitahu Semua kenalanKenalan yang mempunyai sembang dengan saya atau Tersuai… Jika anda memilih Tersuai…, anda perlu mencari atau memilih kenalan yang ingin anda beritahu, kemudian ketik tanda semak.
    • Sembang grup anda akan diberitahu apabila anda menukar nombor telefon anda tidak kira sama ada anda memilih untuk memberitahu kenalan anda atau tidak.
  5. Ketik SELESAI.
  6. Anda kemudiannya akan diprom untuk mendaftarkan nombor telefon baharu anda. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini.

Menukar nombor telefon pada telefon baharu

Jika anda ingin memindahkan sejarah sembang anda, anda perlu mencipta sandaran Google Drive pada telefon lama anda. Ketahui caranya dalam artikel ini. Jika anda tidak mencipta sandaran menggunakan Google Drive, anda perlu memindahkan sandaran anda secara manual. Pelajari cara melakukannya dalam artikel ini.

Selepas menukar nombor telefon anda pada telefon lama anda:

  1. Pasangkan WhatsApp pada telefon baharu anda.
  2. Daftarkan nombor telefon baharu anda.
  3. Pulihkan sandaran anda.

Leave a Reply

%d bloggers like this: