728*90

10 Aplikasi Windows Yang Perlu Ada Dalam PC Anda

Aplikasi Untuk Windows percuma yang perlu ada install

10 Aplikasi Windows Yang Perlu Ada Mesti Dan Anda Perlu Pasang Semasa Installation

 

Sama ada anda baru saja membeli PC baru atau memasang semula Windows, tugas pertama yang mungkin anda lakukan ialah memasang aplikasi. Walaupun terdapat puluhan aplikasi windows yang luar biasa, mengetahui perisian yang mesti dimiliki untuk Windows 10 membuat pemasangannya mudah.

Tanpa urutan tertentu, mari kita selidiki 10 aplikasi windows yang perlu ada dan penting dan harus segera dipasang oleh semua orang. Kami juga senaraikan bersama dengan beberapa alternatif lain jika anda tidak suka akan aplikasi tersebut. 

 

1. Internet Browser: Google Chrome

kompute baru download chrome aplikasi windows

 

Tidak menghairankan, Google Chrome adalah pilihan browser utama kami. Chrome merupakan browser yang berkelajuan tinggi, dan membolehkan anda membuat carian Google dengan cepay, dan mempunyai  banyak extension. Anda juga boleh membuat sync merentas platform yang membolehkan anda membuka tab desktop anda di telefon anda dan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, Chrome masih mempunyai kelemahan. Ianya menggunakan banyak RAM. Tetapi berita baiknya ialah anda mempunyai banyak browseer lain untuk dipilih, seperti Firefox dan Opera.

Download: Google Chrome (Free)
Download: Firefox (Free)
Download: Opera (Free)

 

2. Cloud Storage: Google Drive

komputer baru aplikasi windows

Sekiranya anda hanya memilih satu perkhidmatan aplikasi cloud, Google Drive adalah perkhidmatan yang harus anda pasang. Ia menawarkan storan percuma 15GB, yang dikongsi di seluruh akaun Google Foto dan Gmail anda.

Google Drive menawarkan aplikasi untuk setiap platform utama, jadi anda dapat membawa fail anda ke mana sahaja. Di Windows, aplikasi ini kini dipanggil Backup and Sync dari Google, yang membolehkan anda membuat backup folder di komputer dan juga peranti luaran anda.

Sangat mudah untuk berkongsi fail dengan orang lain, dan ia juga berfungsi dengan baik dengan rangkaian produktiviti Google. Sama ada anda menggunakannya sebagai sebahagian daripada backup plan anda, sebagai salah satu drive anda, atau untuk membuat share folder bersama dengan orang lain, Google Drive adalah penting untuk anda pilih.

 

Download: Google Drive (Free, subscription available)

 

3. Music Streaming: Spotify

download spotify aplikasi windows 10

Bertahun-tahun yang lalu, mendengar muzik di desktop anda bermaksud dengan susah payah kitamengumpul dan menyusun koleksi MP3. Itu tidak lagi berlaku; perkhidmatan streaming muzik tidak lagi memerlukan anda untuk membeli album secara fizikal atau digital.

Terdapat banyak perkhidmatan penstriman muzik (music streaming) di pasaran, tetapi kami mengesyorkan Spotify. Pelan percuma yang disokong iklan membolehkan anda mendengar muzik sebanyak yang anda suka, dan anda boleh upgrade kepada Spotify Premium jika anda mahu yang sememangnya berbaloi untuk mereka yang sukan mendengar muzik. Spotify juga merupakan pusat bagi beratus-ratus podcast, menjadikan semuanya tersedia di satu tempat yang mudah.
 
Spotify juga mempunyai aplikasi untuk Windows. Aplikasi lain yang anda boleh download dan install anda Apple Music dan Google Play Muzik

Download: Spotify (Free, subscription available)
Visit: Apple Music (Free trial, subscription required)
Visit: Google Play Music (Free, subscription available)

 

Lihat Juga :   Cara Clear Cache DNS di macOS

 

4. Office Suite: LibreOffice

LibreOffice untuk aplikasi windows

Kemungkinannya anda memerlukan alat yang membolehkan anda bekerja dengan dokumen, spreadsheet, dan presentation. Jika anda tidak mahu membayar untuk Microsoft Office, maka anda boleh menggunakan banyak aplikasi lain yang percuma dimana fungsi dan cara penggunaan adalah sama dengan microsoft office. 

Salah satu produk yang ada di market adalah LibreOffice. Produk ini adalah benar-benar percuma dan hebat yang merangkumi alternatif kepada Microsoft Word, Excel, PowerPoint, Access, dan banyak lagi. Mungkin ada sedikit perbezaan dengan Microsoft Office. Tetapi sebaik sahaja anda sudah terbiasa dengan beberapa fungsi dalam LibreOffice, maka kerja-kerja anda akan menjadi lebih senang. 

Ada juga produk OpenOffice, alternatif yang popular, pada dasarnya sudah mati sekarang. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan LibreOffice, cubalah FreeOffice.

Download: LibreOffice (Free)
Download: FreeOffice (Free)

 

5. Image Editor: Paint.NET

aplikasi windows

 

Sama ada anda ingin mencuba editing gambar, atau anda perlu untuk mengaburkan maklumat sensitif pada tangkapan skrin, atau ingin mengubah gambar lama, setiap orang harus memasang program penyuntingan gambar (photo editing). Photoshop satu produk yang sangat bagus, tapi ianya adalah sangat mahal, jadi sebagai ganti kami mencadangkan penggunaan Paint.NET.

Paint.NET adalah pilihan utama kami. Ia jauh lebih hebat daripada Microsoft Paint tetapi lebih mudah digunakan.

Antara citi-ciri yang anda boleh buat dengan menggunakan Paint.NET adalah seperti,  boleh mengaburkan bahagian-bahagian gambar dengan mudah, membuat “auto correction” kepada gambar untuk menjadikannya kelihatan lebih baik secara automatik, boleh menambahkan teks. dan bentuk gambar anda hanya dengan beberapa klik. Banyak plugins lain yang anda boleh tambah bagi membolehkan anda memperluas fungsinya juga.

Sekiranya anda mendapati Paint.NET terlalu basic, GIMP adalah penyelesaian yang lebih baik.

Download: Paint.NET (Free)
Download: GIMP (Free)

 

Lihat Juga :   5 Alat Penyelenggaraan Menjadikan PC Anda Lebih Baik

6. Security: Malwarebytes Anti-Malware

malwarebytes free download

 

Windows 10 datang dengan Windows Defender, yang merupakan antivirus yang cukup baik bagi kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, adalah bijak untuk memasang program keselamatan yang ke dua.

Untuk ini, anda tidak dapat mengalahkan Malwarebytes. Versi percuma membolehkan anda mengimbas sistem anda untuk perisian hasad yang mungkin tidak ditangkap oleh antivirus anda. Dan untuk penyelesaian keselamatan tambahan yang hebat.

Download: Malwarebytes (Free, subscription available)

 

7. Media Player: VLC

 

Anda mungkin tidak terlalu kerap menonton video di komputer anda, sebab sudah ada banyak online streaming video di internet. Walau bagaimanapun, anda masih harus mempunya aplikasi video player yang bagus untuk desktop anda apabila anda perlu memainkan fail media dari dalam pc.

Untuk tugas ini, tidak ada yang dapat mengalahkan Pemain Media VLC, Aplikasi Untuk Windows ini adalah percuma dan yang mempunyai banyak ciri dan mampu memainkan hampir setiap format video dan audio yang ada. 

Download: VLC (Free)

 

8. Screenshots: ShareX

 

Mengambil screenshots Windows berguna untuk semua perkara, dari merakam momen lucu hingga mempunyai rekod maklumat penting. Alat Snipping & Snip & Sketch asas hanya menyediakan set ciri asas, jadi anda memerlukan sesuatu yang lebih baik.

Anda tidak akan menemui  apps screenshots yang lebih baik daripada ShareX. Dengan banyak kaedah screenshot, editing yang baik, langkah automatik selepas membuat screenshots, dan bebera ciri tambahan seperti color picker dan pembaris, ShareX mempunyai set ciri yang mengagumkan tanpa sebarang kos.

Sekiranya anda tida suka dengan ShareX , cuba PicPick sebagai gantinya.

Download: ShareX (Free)
Download: PicPick (Free)

 

Lihat Juga :   Cara Instal ClamAV Linux Centos 7

9. File Compression and Extraction: 7-Zip

 

Windows datang bersama fail zip yang basic, tetapi untuk kerja-kerja yang lebih complex, anda memerlukan software yang lebih berkuasa. Walaupun ini bukan kategori perisian yang menarik, tetapi ianta adalah antara aplikasi penting untun anda ada supaya senang dapat bekerja dengan apa-apa jenis fail yang perlu di archive.

7-Zip adalah Aplikasi Untuk Windows bagi pemampatan dan pengekstrakan fail yang paling bagus. Ia kecil dan boleh dipasang dalam beberapa saat, dan sangat mudah digunakan. 

Satu-satunya kekurangan 7-Zip adalah interface yang agak biasa dan tidak menarik. Sekiranya anda tidak dapat suka pada 7-Zip, anda boleh cuba PeaZip, yang merupakan alat yang hampir sama tetapi dengan antara muka yang lebih menarik. Walau apa pun, anda pasti tidak perlu membayar untuk alat seperti WinRAR.

Download: 7-Zip (Free)
Download: PeaZip (Free)

 

10. Messaging: Rambox

 

Kemungkinannya anda menggunakan sekurang-kurangnya satu perkhidmatan pesanan untuk terus berhubungan dengan rakan, keluarga dan urusan kerja anda. Dengan begitu banyak pilihan untuk dipilih, tidak mungkin kita dapat memilih perkhidmatan pesanan terbaik kerana semuanya bergantung pada apa yang rakan anda gunakan. mengapa tidak memilih semuanya?

Rambox adalah pilihan kami untuk aplikasi pesanan terbaik di Windows. Ia membolehkan anda menambahkan akaun dari puluhan perkhidmatan pesanan popular, termasuk WhatsApp, Facebook Messenger, Skype, Telegram, GroupMe, Hangouts, Discord, dan banyak lagi.

Aplikasi Untuk Windows ini hanya akan menambah tab baru untuk setiap perkhidmatan yang anda gunakan, yang membolehkan anda mengikuti setiap kumpulan dalam satu windows. Ia merangkumi beberapa ciri tambahan yang menjadikannya lebih berguna daripada membukanya di browser anda, dan anda boleh menutup satu program dengan mudah. 

Download: Rambox (Free, subscription available)

 

Lihat Juga : 5 Alat Penyelenggaraan Menjadikan PC Anda Lebih Baik

 

Hits: 295

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply