Ogos 1, 2021
remove background buang latar belakang

3 Laman Web Terbaik untuk Remove Background dari Gambar

Ia mesti diakui, kadang-kadang kebanyakan kita mesti pernah dalam situasi di mana gambar yang diambil dengan sukar ternyata tidak memuaskan kerana keadaan latar belakang yang tidak menarik. Terutama lokasi gambar-gambar yang kita ambil tu adalah kawasan yang kita mungkin tidak akan lawati lagi. 

Sebenarnya, membuang latar belakang dari gambar tidak semudah yang didengar. Bukan mustahil, tetapi untuk melakukannya anda memerlukan aplikasi atau perisian penyuntingan foto profesional, seperti Photoshop dan perlu mahir menggunakannya. Sudah tentu ada kena belajar cara yang betul untuk membuang latar belakang ini. 

Namun, kali ini kami ingin berkongis dengan anda tentang cara untuk membuang latar belakang gambar (remove background ) tanpa perlu menggunakan alat penyuntingan gambar. Apa yang ada perlu buat adalah dengan hanya mengunjungi laman web? Menarik bukan. 

Berikut ini adalah tiga (3) laman web penyuntingan foto yang harus anda gunakan.

Remove.bg


Remove.bg adalah laman web yang membolehkan anda membuang latar belakang (remove background) dari sebarang gambar. Menariknya, laman web ini dapat diakses secara percuma dan proses penyuntingan foto dilakukan secara automatik.

Laman web ini secara automatik akan mengesan subjek dari gambar dan membuang latar belakangnya. Anda juga boleh memuat turun fail yang diedit dalam format PNG atau JPG. Anda boleh gunakan secara percuma atau menggunakan package berbayar. Ada saiz yang terhad kepada gambar anda jiga anda gunakan pakej percuma. 

Photoscissors.com


Laman PhotoScissors adalah laman web penyuntingan foto lain yang patut anda gunakan. Selain dapat menghapus latar belakang gambar secara automatik, halaman ini juga memiliki kemampuan untuk mengganti latar belakang dengan color atau image anda. 

PhotoScissors juga mampu menyunting objek separa terus dan mudah seperti rambut dan perincian kecil dengan mudah. Selain membuang latar belakang, laman web ini juga dapat membuat kolaj, menukar latar, dan banyak lagi.

Pixlr.com


Berlainan dengan dua laman penyuntingan foto di atas, Pixlr menawarkan ciri yang cukup lengkap – seperti Photoshop – selain kemampuan untuk membuang latar belakang.

Perlu diingat, dengan menggunakan laman web untuk membuang latar belakang dalam talian, resolusi gambar yang anda pilih akan berkurang atau bahkan berubah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: