3,900 pekerja IBM diberhentikan kerja

IBM Corp

WASHINGTON: IBM Corp akan memberhentikan 3,900 pekerja sebagai sebahagian daripada pelupusan aset selepas merekodkan hasil lebih rendah daripada sasaran.

Pemberhentian itu dikaitkan dengan perniagaan Kyndryl dan sebahagian unit kecerdasan buatan (AI) Watson Health – akan menyebabkan kos berjumlah AS$300 juta dalam tempoh Januari-Mac, kata IBM.

Ketua Pegawai ­Kewangan IBM, James Kavanaugh bagaimanapun memberitahu Reuters, syarikat akan terus mengambil pekerja dalam bidang tumpuan.

“Tidak seperti kebanyakan syarikat lain dalam tempoh dua hingga dua tahun setengah tahun lepas yang mengambil puluhan dan ribuan pekerja, (sebaliknya) kami memanfaatkan pendigitalan, automasi AI yang memacu kecekapan.

“Kami juga komited mengambil pekerja untuk penyelidikan dan pembangunan,” katanya.

Aliran tunai IBM pada 2022 berjumlah AS$9.3 bilion, di bawah sasaran sebanyak AS$10 bilion, disebabkan keperluan modal kerja yang lebih tinggi daripada jangkaan.

IBM juga mencatatkan tempahan baharu yang rendah di Eropah Barat pada Oktober lalu, sementara sekutunya, Accenture Plc turut menjangkakan prestasi yang lemah dalam perniagaan perundingan.

Hasil awan hibridnya meningkat 2 peratus kepada AS$6.3 bilion pada suku berakhir 31 Di­sember lalu.

Jumlah hasil direkodkan dalam tempoh tersebut sebanyak AS$16.69 bilion, berbanding anggaran penganalisis sebanyak AS$16.40 bilion, menurut Refinitiv.

Pada 2022, IBM merekodkan peningkatan hasil sebanyak 5.5 peratus, tertinggi dalam tempoh sedekad.

Menurut laporan, setakat 2021, syarikat berusia 110 tahun itu mempunyai lebih 282,000 pekerja di seluruh dunia. – AGENSI

Lihat Juga :   Macam Mana Nak Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!