AKSI tidak senonoh seorang lelaki warga Russia di Gunung Agung yang tular di media sosial

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedang mencari sekumpulan pelancong dari Russia yang dilaporkan berkelakuan tidak senonoh dengan mempamerkan kemaluan mereka ketika berada di puncak Gunung Agung dan memuat naik gambar aksi itu di media sosial.

Lapor Detik.com, lelaki berkenaan  dan rombongannya mendaki Gunung Agung tanpa kebenaran.

Koordinator pendakian Gunung Agung di jalur Pasar Agung I, Wayan Widi Yasa mengesahkan kumpulan pelancong asing itu tiba dan memulakan pendakian awal pagi Sabtu lalu.  

“Mereka mula mendaki awal pagi jadi nama mereka tidak didaftarkan pada buku pendaftaran. Ketika itu tiada pengawal di laluan Pengubengan Kampung Besakih.

“Berdasarkan pengakuan penjual di sekitar Pengubengan, sekelompok warga asing yang dianggarkan berjumlah tujuh orang itu mendaki tanpa ditemani pemandu,” katanya. 

Ahli politik dan ahli perniagaan, Ni Luh Djelantik melaporkan tindakan tersebut kepada pihak imigresen dan warga Russia itu sedang dicari oleh pihak berkuasa.

“Penahanan dan hukuman harus dikenakan dan mereka harus menanggung semua kos. Selepas ditahan mereka perlu dihantar pulang dengan perbelanjaan sendiri,” tulis Ni Luh di akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Wayan berkata, dia sering berdepan kes pelancong dari Russia yang bertindak sesuka hati. di tempat awam.

“Kebanyakan warga Russia begitu sukar dikawal dan sering memberi alasan tidak boleh berbahasa Inggeris dan tidak memahami maklumat daripada pemandu atau penduduk. Kami tidak mahu mewajarkannya, tetapi itulah yang berlaku di lapangan,” katanya.

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!