Pakaian pejabat mungkin sudah ramai orang tidak memakainya sekarang, sebab ramai yang bekerja dari rumah. Kebanyakkan bekerja dengan menggunakan komputer dan meeting dengan hanya melalui online sahaja.
Tetapi bagi mereka yang masih ingin merasa seperti profesional dengan ingin nampak bergaya / smart walaupun di dalam online meeting serperti zoom, syarikat fesyen Jepun AOKI telah menghasilkan sejenis pakaian yang dirasakan amat sesuai untuk anda sekarang.
Mereka menyebutnya “Pajamas Suit” – pakaian tidur dua helai yang menyerupai jaket dan seluar yang seakan-akan business suits yang biasanya dipakai oleh para eksekutif.
“Pajamas Suit” datang dalam warna biru laut, krim, hitam, atau dark gray, dan diiklan sebagai “more than pajamas and less than fashionable clothes,”, dengan lembut mengisyaratkan bahawa mereka cukup selesa untuk anda tidur sambil kelihatan cukup rapi untuk business meeting .
Tampaknya “Pajamas Suit” ini sesuai untuk mereka yang ingin bangun dan melompat terus ke meeting Zoom tanpa perlu menukar pakaian tetapi kena pastikan rambut rapi dahulu.
“Pajamas Suit” ini dijual di kedai dalam talian AOKI sebagai helaian individu (bahagian atas dan bawah) dan bukannya sepasang dengan masing-masing berharga kira-kira RM 194 (¥4,990) setiap satu untuk lelaki, dan sekitar RM190 (¥ 4.900) untuk versi wanita, yang bermaksud bahawa satu set penuh berharga RM380 (¥ 9,800).
Tambahan, piyama ini dilengkapi dengan poket yang dapat untuk ruang meletak barang seperti kunci dan telefon anda, sehingga nampaknya mereka membuat ini amat sesuai untuk dimiliki.
Walaupun kita telah melihat banyak idea menarik dari perniagaan yang berusaha menyesuaikan diri dengan melambatkan penjualan semasa pandemi COVID-19, “Pajamas Suit” ini tentunya merupakan salah satu idea yang menarik setakat ini.
Sumber : Mashable