Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Untuk mendapat BKC ini, tiada permohonan diperlukan. Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM. Tetapi terdapat bebersyarat bagi melayakan anda mendapat Bantuan Khas Covid-19 ini.
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON BKC?
- Kategori pendapatan: Miskin tegar / B40 / M40
- Klasifikasi: Isi rumah / Warga emas sebatang kara / Individu bujang
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MEMOHON BKC?
-
- Tiada permohonan diperlukan
- Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM
Kategori Pendapatan | Data pengesahan | |
---|---|---|
Miskin Tegar | Permohonan BPR 2021 | |
B40 | Permohonan BPR 2021 | |
M40 | Rekod percukaian LHDNM |
- Nota: Jika anda tidak berjaya dalam rayuan BPR, anda tidak layak untuk bayaran BKC untuk kategori B40.
- Namun, LHDNM akan memeriksa rekod cukai yang ada untuk mengesahkan jika anda termasuk di dalam kategori pendapatan M40 (RM5,001 – RM9,000 untuk isi rumah / RM2,501 – RM5,000 untuk individu bujang)
- Jika anda berada di dalam kategori pendapatan ini anda akan layak mendapat bayaran BKC untuk kategori M40
Apakah kriteria semakan kelayakan BKC?
Kriteria semakan kelayakan BKC adalah seperti berikut:
Bil. |
Kategori Penerima |
Kriteria Semakan Kelayakan |
1. |
Miskin tegar |
Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan: i. Isi rumah / Warga emas – RM5,000 dan ke bawah ii. Bujang – RM2,500 dan ke bawah |
2. |
B40 |
|
3. |
M40 |
Melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan: i. Isi rumah – RM5,001 hingga RM9,000 ii. Bujang – RM2,501 hingga RM5,000 |
Berapakah bayaran BKC yang akan diterima?
Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:
Bil. |
Kategori Penerima |
Amaun Kelayakan |
||
Isi Rumah |
Warga Emas sebatang kara (WE) |
Bujang |
||
1. |
Miskin Tegar |
RM1,300 |
RM500 |
RM500 |
2. |
B40 |
RM800 |
RM200 |
RM200 |
3. |
M40 |
RM250 |
RM100 |
RM100 |
Bilakah tarikh pembayaran BKC akan dibuat?
Pembayaran BKC akan dibuat seperti berikut:
Fasa Pembayaran |
Tarikh Pembayaran |
Fasa 1 |
Ada Akaun: · Miskin Tegar / B40 – mulai 6 September 2021 · M40 – mulai 9 September 2021 Tiada Akaun: · Mulai 6 September 2021 |
Fasa 2 |
November 2021 |
Fasa 3 |
Disember 2021 |
Bil. |
Kategori Penerima |
Kategori / Amaun Kelayakan |
Fasa Pembayaran |
Amaun Bayaran (RM) |
1. |
Miskin Tegar |
Isi Rumah / RM1,300 |
1 |
500 |
2 |
500 |
|||
3 |
300 |
|||
Warga emas sebatang kara (WE) / RM500 |
1 |
200 |
||
2 |
300 |
|||
Bujang / RM500 |
1 |
200 |
||
2 |
300 |
|||
2. |
B40 |
Isi Rumah / RM800 |
1 |
500 |
3 |
300 |
|||
Warga emas sebatang kara (WE) / RM200 |
1 |
200 |
||
Bujang / RM200 |
1 |
200 |
||
3. |
M40 |
Isi Rumah / RM250 |
1 |
250 |
Warga emas sebatang kara (WE) / RM100 |
1 |
100 |
||
Bujang / RM100 |
1 |
100 |
Bagaimanakah kaedah bayaran ini dilaksanakan?
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
Bil. |
Kategori Penerima |
Kaedah Pembayaran |
1. |
Miskin Tegar |
Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 |
2. |
B40 |
|
3. |
M40 |
Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian |
Bila dan bagaimana semakan boleh dibuat?
Semakan status BKC boleh dibuat mulai 6 September 2021 di Portal Rasmi BKC (https://bkc.hasil.gov.my). Portal rasmi BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021.
Soalan-Soalan Berkaitan :
Pasangan saya adalah penerima BPR 2021 tetapi telah meninggal Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKC?
J: Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.
Saya tidak memohon BPR 2021, adakah saya akan layak menerima BKC?
J: Penerima BKC adalah merujuk kepada jawapan bagi soalan 3. Sekiranya tuan tergolong dalam kategori data berkenaan dan menepati syarat, tuan akan menerima BKC.
Saya memohon BPR 2021 tetapi berstatus tidak lulus, adakah saya layak menerima BKC?
J: Permohonan tuan akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKC.
Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?
J: Klasifikasi pembayaran BKC adalah berdasarkan status perkahwinan yang dilaporkan semasa kelulusan permohonan BPR 2021. Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.