Apple kini Menjual Standalone Magic Keyboard yang dengan Touch ID bermula dari RM 549

Apple Magic Keyboard Dengan Fingerprints Harga Malaysia

Apple kini menjual Magic Keyboard yang standalone dengan Touch ID bermula dari RM 549

Apple secara rasmi mula menjual Magic Keyboard dengan Touch ID standalone. Dua pilihan tersedia dengan papan kekunci terbaru yang serasi dengan M1 Mac. Sementara itu, ada versi segar tanpa Touch ID juga.


Magic Keyboard baru dengan built-in biometrik dan tersedia dengan numpad dan tanpa numpad.

Magic Keyboard dengan Touch ID berharga RM 549 dan Magic Keyboard dengan Touch ID dan Numeric Keypad berharga RM 659. Built-in fingerprint reader menjadikannya mudah untuk mengesahkan log masuk, pembelian Apple Pay dan banyak lagi.

Apple Magic Keyboard  

Magic Keyboards baru pertama kali dilancarkan dengan M1 iMac di acara Spring Loaded Apple yang dipadankan warna dengan desktop all-in-one.

Namun, Apple tidak menawarkan warna yang sama untuk Magic Keyboard baru dengan Touch ID apabila dibeli secara berasingan, hanya model perak / putih sahaja yang ada.

Tetapi disertakan dengan Magic Keyboard yang standalone dengan Touch ID adalah kabel Lightning to USB-C yang baru yang pertama kali kita lihat tiba dengan iMac baru.

Satu perkara penting yang perlu diingat, aspek Touch ID ini hanya serasi dengan M1 Mac, jadi di luar M1 iMac anda boleh menggunakannya dengan M1 MacBook Air, Pro, dan Mac mini.

Walaubagaimanapun, jika anda tetap juga berminat untuk menggunakan Magic Keyboard dari Apple ini sedangkan komputer dan Notebook anda tidak menggunakan M1 Mac, anda boleh mendapatkan Magic Keyboard tanpa Touch ID berharga RM 379.

Sumber : Apple Malaysia 

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: