Apple Watch Series 8 mempunyai sensor suhu badan; AirPod baru dengan ciri kesihatan

apple Watch Series 8 Akan Menyukat Suhu Anda, AirPod Masa Depan untuk Membantu Menguruskan Kesihatan Anda

Walaupun Apple Watch Series 7 baru hendak dilancarkan pada bulan ini iaitu pada 14 September 2021 setelah tertunda selama dua minggu, penganalisis Apple yang terkenal Ming-Chi Kuo juga telah mengulas secara ringkas mengenai Apple Watch Series 8 dan AirPods.

Kuo mengatakan dia optimis akan permintaan untuk Apple Watch pada tahun 2022 memandangkan tahun depan Apple Watch Series 8 akan menawarkan ciri-ciri pengurusan kesihatan baru, dan dia meramalkan ciri yang ada adalah termasuk pengukuran suhu badan. Ciri ini dengan mudah menjadikan Apple Watch menjadi termometer di pergelangan tangan anda, yang sangat berguna untuk mengesan demam, gejala dari banyak penyakit.

Mark Blurberg Mark Gurman dan Debby Wu sebelumnya melaporkan bahawa Apple Watch kemungkinan akan memperoleh sensor suhu badan pada tahun 2022, dan Rolfe Winkler dari The Wall Street Journal mengatakan bahawa fungsi tersebut akan membantu dengan perancangan kesuburan.

Apple sedikit demi sedikit telah mempertingkatkan dan menambahbaik ciri kesihatan yang ada di Apple Watch termasuk seperti pengesanan kadar jantung, pemberitahuan irama jantung yang tidak teratur, aplikasi ECG, pengukuran oksigen darah, pengesanan kejatuhan, dan banyak lagi. Dalam wawancara dengan Outside Magazine tahun lalu, CEO Apple Tim Cook mengatakan Apple Watch masih dalam “the early innings” berkenaan dengan jumlah sensor yang dapat dimasukkan ke dalam peranti tersebut.

“Fikirkan jumlah sensor di dalam kereta anda,” kata Cook. “Dan boleh dikatakan, badan anda jauh lebih penting daripada kereta anda.”

Kuo juga meramalkan bahawa AirPod pada masa-masa hadapan akan menyediakan fungsi pengurusan kesihatan, tetapi dia tidak memberikan perincian khusus. Pada bulan Mei 2020, DigiTimes melaporkan bahawa AirPod masa depan akan menggunakan teknologi sistem dalam pakej baru dengan ‘built-in’ AI, yang membolehkan AirPods untuk “memantau denyut jantung, jumlah langkah, dan keadaan kesihatan.”

Sumber : MacRumors

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: