10 Apps Untuk Apple Watch Baru Anda (Mesti Ada)

apps untuk apple watch

Apple Watch sangat bagus dan kami suka dengan Apple Watch kami, tetapi anda pasti ingin menambahkan beberapa aplikasi atau apps untuk apple watch bagi membuatnya benar-benar sangat effisien. Apabila kita memikirkan tentang aplikasi Apple Watch yang mana yang kita patut gunakan. Kami telah menyenaraikan beberapa aplikasi  berada di bahagian atas senarai mengikut kesukaan kami. Ada yang percuma, ada yang tidak, anda boleh mencuba aplikasi-aplikasi ini dan buang jika anda tidak suka.

AutoSleep

autosleep watch AutoSleep adalah aplikasi kegemaran kami untuk install ke Apple Watch bagi tujuan sleep tracking secara automatik. Apple telah menambahkan sleep tracking pada watchOS 7, tetapi ada sedikit kelemahan. Ianya hanya berfungsi pada waktu Mode Tidur yang ditentukan, dan ini tidak memberi anda banyak gambaran mengenai kualiti tidur anda. Nasib baik, ada beberapa sleep tracking lain yang lebih baik iaitu seperti AutoSleep, Sleep Watch, Sleep ++, atau Pillow. Terdapat beberapa aplikasi pengesanan tidur yang baik untuk dipilih, tetapi kebanyakan memerlukan pembelian. Dan kadang-kadang anda perlu bayar setiap function datang dengan harga yang berlainan. Dan ada juga subscription. Jadi, kenapa kami suka AutoSleep. Ianya tidak hanya berfungsi dengan baik dan memberi anda banyak data yang hebat, tetapi hanya satu harga sahaja (dan berpatutan). Tidak ada upgrading tersembunyi dalam pembelian dalam aplikasi, tidak ada langganan (Subscription), tidak ada iklan. Hanya tiga dolar (RM 16) untuk menambahkan penjejakan tidur automatik tidur berkualiti ke Apple Watch anda. AutoSleep (RM 16)

Carrot Weather

Carrot Weather

Carrot Weather bukanlah percuma, tetapi ianya adalah sebuah apps yang hebat. Terdapat banyak aplikasi cuaca yang baik — banyak yang menyokong Apple Watch — tetapi Carrot Weather merupakan kegemaran kami. Ia menggabungkan ramalan cuaca yang sangat baik (dengan data dari Weather Underground atau Dark Sky). Sokongan Apple Watch sangat kuat, dengan beberapa komplikasi yang berbeza dan kemampuan untuk menyesuaikannya dalam aplikasi. Anda bahkan boleh menggunakan pelbagai komplikasi yang berbeza sekaligus dengan watchOS 7, dan widget dengan iOS 14. Carrot Weather adalah salah satu aplikasi pihak ketiga pertama yang memanfaatkan komplikasi sudut baru di Apple Watch Series 4, dan ia memberi anda kad pada Siri watch face.Satu-satunya kelemahan adalah bahawa aplikasinya berharga $ 4.99 (RM 20) dan di samping itu, anda boleh melanggan keahlian Premium Club dengan harga $ 0.99 sebulan atau $ 4.99 setahun untuk mendapatkan notifications dan kemas kini di Apple Watch. Kosnya adalah untuk menampung peningkatan penggunaan API sumber sumber datanya untuk ciri seperti amaran awal cuaca. Dan kelemahan juga adalah terdapat beberapa ciri yang locked di di mana ianya memerlukan langganan yang lebih mahal.Carrot Weather ($ 4.99, pembelian dalam aplikasi)

1Password

1Password 1Pasword mempermudah anda mempuya keselamatan yang lebih baik. Apple telah menjadi jauh lebih baik dalam membuat Keychain dan iCloud bekerjasama dengan Safari dan aplikasi untuk menguruskan kata laluan, tetapi jika anda melangkah keluar dari ekosistem Apple untuk apa sahaja, anda semestinya harus menggunakan pengurus kata laluan pihak ketiga. Ini boleh berlaku contohnya jika anda mempunyai ahli keluarga yang anda mahu menguruskan kata laluan nya  atau ingin berkongsi kata laluan untuk perkhidmatan tertentu (seperti Netflix, contohnya). Salah satu kegemaran mutlak kami adalah 1Password, yang menawarkan keselamatan dan kemudahan penggunaan yang unggul bersama dengan tools yang kuat yang boleh digunakan dimana-mana platform (across multiple platforms). Di Apple Watch anda, 1Password dapat dengan cepat menunjukkan kata laluan, perincian kad kredit, nota, dan one-time passwords (untuk 2FA). Dengan macOS Big Sur, anda bahkan dapat membuka kunci 1Password dengan Apple Watch anda di mana-mana Mac. Terdapat percubaan 30 hari percuma, tetapi anda perlu membayar $ 3 sebulan untuk pakej individu atau $ 5 untuk pakej family. Ia sangat berbaloi. 1Password (percuma, pembelian dalam aplikasi)

Lihat Juga :   Ciri Kecemasan SOS iPhone 14 menyelamatkan dua wanita di Kanada

Tiny Armies

Tiny Armies

Tidak banyak permainan yang sesuai dengan sckrin Apple Watch yang kecil, tetapi Tiny Armies boleh ! Tidak banyak permainan dibuat untuk Apple Watch. Dan untuk alasan yang baik, kerana tidak banyak reka bentuk permainan benar-benar sesuai dengan ruang skrin dan interaksi yang sangat terhad yang terdapat dalam faktor bentuk tersebut. Tiny Armies adalah pengecualian yang baik. Ia direka untuk iPhone, tetapi reka bentuk permainan strategi yang sangat ringkas dan senang ini benar-benar sesuai dimainkan di Apple Watch. Sekiranya anda  ingin mencari game kecil yang menyeronokkan apabila anda sedang menunggu dan tidak mahu mengeluarkan iPhone anda, cubalah Tiny Armies. Tiny Armies ($0.99)

PB: Lost Phone Alert

PB: Lost Phone Alert Yang kita mahukan adalah kemampuan untuk mendapatkan makluman di Apple Watch kita semasa kita dapati iPhone tidak ada bersama kita. Tidakkah anda mahu Apple Watch dapat memberi amaran kepada anda dimana anda meletak iPhone anda? Ini akan memulakan pemberitahuan setiap kali anda meninggalkan jangkauan Bluetooth. Itulah dasarnya yang dilakukan oleh Phone Buddy Lost Phone Alert. Ini sedikit lebih canggih daripada itu — anda boleh menetapkan gelombang kekuatan Bluetooth dan menetapkan pelbagai had (seperti kekuatan penggera atau mematikannya ketika menggunakan Wi-Fi di rumah). Tetapi pada hakikatnya, aplikasi ini meminta anda membayar $ 5 untuk satu ciri yang menurut kami Apple semestinya sudah ada dalam watchOS dan iOS. Adakah ia berbaloi? Jika iphone sentiasa ada pada anda, jadi mungkin anda tidak perlukan apps ini. Dan jika anda jenis yang selalu meletakkan iphone anda merata-rata, maka apps ni agak sesuai bagi anda. PB: Lost Phone Alert ($4.99)

Lihat Juga :   5 Fitness Trackers Terbaik Tahun 2020

Things

things apple watch Kalau ikut kan adalah gila untuk membayar $ 10 untuk aplikasi task managers, sehingga anda menggunakannya dan ia akan mengubah hidup anda. Things adalah salah satu task managers yang paling banyak digunakan, dan mudah untuk mengetahui sebabnya. Ia menarik, sederhana, jelas, dan mudah digunakan. Ia melakukan apa yang seharusnya dilakukan oleh task managers yang baik: merekodkan tugas baru, menyelesaikan apa yang harus anda lakukan hari ini, dan membantu anda untuk relax selepas semua task selesai. Things di Apple Watch sangat bagus. Tambahkan item yang perlu dilakukan (to-do) dengan pantas  di iPhone anda. Lihat tugas hari ini, tanda item/task yang anda telah lakukan atau tangguhkan hanya dengan beberapa ketukan. Ia menyokong Siri Watch, yang bagi memudahkan mendapatkan peringatan. Things tidak murah. Dengan harga $ 9,99, ia adalah salah satu aplikasi iPhone yang agak mahal. Tetapi ianya adalah task managers yang sangat baik akan menjimatkan masa dan membantu anda menyelesaikannya lebih banyak kerja. Selamt mencuba
Things 3 (RM 40)

Streaks

streak apple apps watch Streaks membantu anda membina tabiat baik melalui pengulangan.

Sama ada anda ingin menurunkan berat badan, makan lebih sihat, belajar kemahiran baru, atau membina tabiat baru yang baik, kunci kejayaan adalah adalah membuat nye berulang kali / pengulangan. Pergi ke gim seminggu sekali tidak akan mengubah anda, tidak kira seberapa keras anda bersenam. Anda tidak akan padai bermain gitar jika anda berlatih sehingga jari anda berdarah sebulan sekali. Streaks adalah cara mudah untuk membuat peringatan apa yang perlu dilakukan setiap hari (ia dapat mengesan sehingga 12 tugas harian). Ini akan mengingatkan anda bila tiba masanya untuk melakukan tugas, dan bahkan memeriksa tugas yang berkaitan dengan data aplikasi Kesihatan secara automatik.

Streaks ($4.99)

Spotify

spotify apple watch apps Aplikasi seperti Spotify tidak perlu  diperkenalkan. Boleh dikatakan perkhidmatan streaming muzik paling popular di dunia, dan semakin menjadi tempat orang mendengar podcast kegemaran mereka. Selalu sukar untuk mengesyorkan Spotify kepada peminat Apple Watch, kerana tidak dapat stream muzik atau podcast sendiri – anda harus menggunakan telefon anda dan hanya control playback dari jam tangan anda.

Lihat Juga :   Samsung: Siri Galaxy Note Ditamatkan

Sekarang, jika anda pengguna Spotify Premium ($ 12.99 sebulan), anda boleh streaming muzik dan podcast terus dari jam tanpa iPhone anda berdekatan. Dan jika anda suka jogging dan berbasikal , maknanya anda boleh berlari atau menunggang tanpa iPhone.

Spotify (free, in-app purchases)

Night Sky

Apple Watch anda boleh menjadi alat astronomi yang sangat berguna. Night Sky adalah salah satu aplikasi iPhone dan iPad kegemaran kami. Sekiranya anda pernah melihat ke atas dan bertanya-tanya “bintang atau planet apa itu?” maka Night Sky adalah untuk anda.

Night Sky
(pembelian dalam apl percuma)

Citymapper

citymapper Sekiranya anda tinggal di salah satu bandar yang disokong Citymapper, ini adalah aplikasi yang mesti dimiliki. Citymapper adalah aplikasi transit yang sangat menakjubkan. Ia memberi anda waktu bas dan keretapi, memberi tahu anda mengenai gangguan perkhidmatan, membantu anda merancang perjalanan, dan banyak lagi. Ia berfungsi dengan mengambil data awam dari puluhan agensi pengangkutan bandar. Ia memenangi semua jenis anugerah App of the Year, dan dengan alasan yang baik. Di Apple Watch, ia lebih baik. Dengan melihat pergelangan tangan anda, anda dapat melihat ke mana harus anda pergi seterusnya, bas atau kereta api mana yang harus dilalui, dan bila ia akan tiba.

Kelemahan Citymapper adalah bergantung pada data transit awam, ia hanya tersedia di beberapa kawasan bandar sahaja. Sangat sesuai jika anda tinggal di, atau melancong ke, kawasan metropolitan yang besar, tetapi ianya tidak tersedia di kebanyakkan negara kecil. Citymapper (free, in-app purchases)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!