Julai 30, 2021

Bantuan Pemerkasa: Hilang Pekerjaan & Pendapatan Dapat RM500

Pejam celik pejam celik, sudah setahun rupanya kita berperang dengan wabak covid 19 di Malaysia.

Ramai yang ‘tumbang’ termasuk terkena wabak covid 19 secara langsung ataupun yang bisnes atau pekerja terjejas sepanjang negara kita mengharungi derita serangan covid 19 di Malaysia.

Berdasar rekod ramai yang hilang pendapatan dan kena buang serta hilang kerja disebabkan perniagaan dan syarikat masing-masing terjejas disebalik pengumuman PKP dan PKPB di Malaysia selama ini, dan mereka ini perlukan bantuan segera.

Kerajaan Malaysia memantau situasi dan kesusahan yang dihadapi kumpulan ini. Dan ini berita baik untuk anda yang terkesan.

Bantuan Pemerkasa Untuk Hilang Kerja & Pendapatan

Kepada anda yang berkelayakan, anda akan menerima bantuan tunai seperti jumlah di jadual bawah ini secara one off

PERKARA JUMLAH BANTUAN
Bantuan pemerkasa untuk yang hilang kerja dan hilang pendapatan RM500 one off
Bila Tarikh bayaran bantuan hilang pendapatan dan hilang kerja Bulan Jun 2021

Perlu Daftar Permohonan Bantuan Pemerkasa Hilang Pendapatan?

Anda sama sekali tidak perlu melakukan register / daftar untuk proses pendaftaran permohonan untuk bantuan pemerkasa hilang pendapatan dan hilang kerja ini.

Bagaimana Cara Kerajaan Kesan Penerima Yang Layak?

Kerajaan melalui agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam negeri, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melakukan semakan dalam pengkalan data mereka bagi pengesahan yang anda sudah hilang pendapatan dan hilang kerja.

Tahun ini dijangka lebih ramai yang terkesan disebabkan tekanan ekonomi. Jadi bersiapa sedia daripada sekarang!

Jika anda tahu siapa-siapa ahli keluarga atau kawan-kawan yang tergolong dalam kumpulan ini, kongsikan di Facebook & Whatapps Group anda supaya lebih ramai dapat manfaat di bawah skim bantuan pemerkasa 2021 ini!

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply

%d bloggers like this: