Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40 Pada Tahun 2022

tablet percuma pelajar ipt b40 PerantiSiswa Keluarga

PerantiSiswa Keluarga

Dalam belanjawan 2022, kerajan telah memperkenalkan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada kalangan kumpulan B40.

Melalui bantuan ini, setiap pelajar IPT B40 akan menerima tablet percuma dengan peruntukan sebanyak RM450 juta. Dalam masa sama, syarikat-syarikat telekomunikasi juga akan turut menyumbang sekitar RM65 juta dalam program sama.

Oleh hal demikian, dianggarkan seramai 600,000 pelajar IPT daripada keluarga B40 akan menerima manfaat ini pada tahun 2022.

Menurut Tengku Zafrul, program pemberian tablet percuma ini diharapkan dapat membantu para mahasiswa meneruskan pengajian mereka dalam norma yang baharu.

Tarikh Pendaftaran

Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan membantu dalam menyelaraskan pelaksanaan Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia ini.

Menurut SKMM, tempoh pendaftaran bagi pakej bantuan itu akan bermula pada suku kedua tahun 2022 (April – Jun 2022) dan ia akan dilaksanakan bersama penyedia perkhidmatan mudah alih di negara ini.

Antara penyedia perkhidmatan yang terlibat adalah:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom);
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi);
  • Maxis Berhad (Maxis);
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile);
  • Telekom Malaysia Berhad (TM);
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

 

Di samping itu, Bajet 2022 turut melibatkan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100 kepada para guru.

Ia diberikan sebagai menghargai terhadap peranan para guru ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum ini.

Untuk melibat pelbagai lagi insentif di bawah Bajet 2022, boleh rujuk – DI SINI.

Lihat Juga :   Penyewa Tidak Bayar Bill TNB? Pemilik premis kediaman dan komersil boleh menukar nama akaun elektrik untuk melindungi hak tuan tanah

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: