Barisan produk Apple yang diumumkan Di Peek Performance hari ini

M1 Ultra

Apple mengumumkan acara Peek Performance akan diadakan hari ini, 8 Mac 2022. Acara itu berkemungkinan akan melancarkan telefon pintar generasi baharu daripada model SE, iPad Air, dan baru-baru ini Mac Mini turut dilaporkan akan hadir. Menjelang tayangan, berikut adalah senarai peranti yang diumumkan bersama spesifikasinya.

iPhone SE 2022

iphone se 2022

Kali terakhir syarikat itu melancarkan iPhone SE pada 2020. iPhone SE yang akan datang telah menjadi topik hangat yang paling ditunggu-tunggu sejak beberapa bulan lalu.

Apple telah menaik taraf iPhone SE untuk menggunakan A15 Bionic, cip yang sama yang terdapat dalam iPhone 13, dan support 5G. Ia mengekalkan home button dan Touch ID, serta mempunyai hayat bateri yang lebih baik dan sistem kamera yang dipertingkatkan.

iPad Air 5

ipad air 5
Foto : Apple

iPad Air baharu ialah peningkatan pertama kepada barisan Air sejak 2020, yang dilengkapkan dengan cip M1 Apple yang berkuasa dan laju, kamera ultrawide 12 megapiksel di hadapan, sambungan 5G dan banyak lagi, reka bentuk yang sama dengan iPad Air Gen 4.

Mac Studio with Apple M1 Ultra processor

M1 Ultra

M1 Max mempunyai ‘die-to-die interconnect’, yang membolehkan Apple meyambungkan dua M1 Max untuk mencipta Ultra, memberikannya kuasa berganda. Ia menggunakan memori jalur lebar tinggi dan menyokong sehingga 128GB, Walaupun ianya adalah 2 cpu yang digabungkan tetapi ianya memerlukan power kurang daripada dua cip berasingan.

Cip M1 Ultra ini muncul dalam Mac Studio baharu, komputer yang ketinggianya seperti dua Mac Mini. Apple telah meletakkan prestasinya sebagai sama atau lebih baik daripada Mac Pro, menjadikannya kelihatan seperti pilihan yang bagus untuk sebahagian besar creators.

Mac Studio baharu penuh dengan pengudaraan dan sistem penyejukan yang besar, mempunyai enam port Thunderbolt 4 dan boleh dipasang sehingga empat monitor Pro XDR.

Lihat Juga :   Malaysia tidak berada dalam krisis ekonomi

Apple Studio Display

apple studio display

Seperti yang diketahui, Apple pada masa ini hanya menawarkan satu skrin luaran iaitu Pro Display XDR Apple studio display yang baru ini mempunyai paparan Retina 5K 27-inci dan mempunyai profil seperti iPad yang sama dengan iMac 24-inci.

Ia menggabungkan cip A13 Bionic, sama seperti dalam entry-level iPad, jadi ia boleh memproses sama seperti iPad contohnya Center Stage melalui kamera web 12 megapiksel built-in, serta multiple mikrofon, enam pembesar suara dan empat USB- Port C, salah satunya ialah Thunderbolt. Jika anda mahukan stand yang yang boleh menaikkan dan menurunkannya skrin mengikut keselesaan anda, ia akan dikenakan bayaran tambahan.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!