Maybank akan memindahkan kebenaran Secure2u ke apps MAE secara kekal pada 1 Julai 2023. Dengan ini, mendapatkan Secure2u pada apps adalah satu-satunya kaedah yang dibenarkan untuk meluluskan semua transaksi yang dibuat melalui web Maybank2u, aplikasi M2U MY atau aplikasi MAE
Selaras dengan arahan Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan, anda perlu mengaktifkan Secure2u anda dalam aplikasi MAE anda secepat mungkin. Ini kerana akan ada tempoh pengaktifan 12 jam jadi sebarang transaksi yang memerlukan Secure2u tidak akan dapat dilakukan dalam tempoh 12 jam tersebut. Ini terpakai untuk enable buat kali pertama atau pada sesebuah device.
Untuk mengaktifkan Secure2u pada apl MAE anda, cuma ikut langkah di bawah:
- Muat turun aplikasi MAE di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery
- Lancarkan apl dan ketik ‘Secure2u’ di bawah Tindakan Pantas
- klik ‘Activate Now’
- Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS
- Masukkan nombor ID M2U anda
- Sahkan nama peranti anda dan anda sudah bersedia!
Anda perlu tunggu 12 jam untuk pengaktifan. Tiada sebarang transaksi boleh dibuat sepanjang tempoh pengaktifan tersebut.
Selamat mencuba