BPR tambahan merupakan BPR yang dibayar pada tahun 2021 dengan nilai tambahan.
Ianya termasuk di dalam program Pemerkasa Tambahan (PEMERKASA+)
Nilai bayaran yang diterima di dalam bantuan ini adalah seperti jadual di bawah ini
BPR tambahan ini akan diberikan kepada semua penerima BPR 2021 yang menepati syarat kelayakan.
Tidak ada permohonan perlu dibuat untuk bantuan ini. Ini kerana semua penerima BPR sedia ada secara automatik akan menerimanya.
Tarikh pembayaran ini akan dibayar pada minggu terakhir Jun 2021.
Semakan Status Pembayaran BPR tambahan
Semakan boleh dibuat terus dengan login ke dalam sistem BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
Pembayaran akan dilakukan dengan bayaran dimasukkan terus ke dalam no akaun didaftarkan.
Manakal bagi mereka yang berstatus gagal kredit pula, pembayaran adalah secara tunai di kaunter BSN.
Berapakah jumlah BPR tambahan 2021?
RM100 – RM500
Bilakah pembayaran akan dibuat?
Minggu terakhir Jun 2021.
Adakah permohonan baru perlu dibuat ?
Tidak. Penerima BPR secara automatik akan layak menerima.
Jika tidak lulus, bolehkah membuat rayuan?
Ya. Mulai 15 Jun 2021.