728*90

20 Cara Mudah untuk Buat Duit Online atau Offline Cepat

Cara terbaik untuk buat duit dengan cepat online dan offline.

Di halaman ini anda akan menjumpai cara yang terbaik untuk buat duit online atau offline dengan cepat di masa lapang ketika belajar atau sebagai partime kerja, berdasarkan pengalaman kami sendiri. Kami akan sentiasa menambah cara-cara terbaru di halaman ini jadi sila teruskan untuk simpan halaman kami. Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi idea di ruangan komen!

 

1. Pertaruhan padanan tanpa risiko.

Tidak dapat dinafikan lagi inilah cara terbaik untuk menjana duit yang sangat banyak (sudah semestinya tanpa melanggar undang-undang). Terdapat ramai pelajar yang telah menjana sebanyak £100s, bersih melalui teknik ini. Teknik ini sepenuhnya sah di sisi undang-undang, bebas risiko.bebas cukai dan sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas di UK (United Kingdom) boleh melakukannya.(Tidak tinggal di UK? Sila langkau ke cara no. 2)

Teknik ini dijalankan dengan mengambil kelebihan taruhan percuma yang ditawarkan oleh laman pertaruhan secara berkala dengan ‘memadankan’ taruhan ini di pertukaran taruhan. Pertaruhan yang padan menghapuskan risiko (anda akan bertaruh untuk kedua-dua hasil tertentu; menyokong atau menentang).

Ini membolehkan anda untuk meraih hasil taruhan percuma, yang boleh bernilai sehingga £100. Anda boleh gandakan hasil ini dengan seberapa banyak laman pertaruhan yang ada dan boleh meraih keuntungan sebanyak beberapa ratus pound sterling.

Penulis (Owen) telah berkongsi bagaimana anda boleh menjana keuntungan pertama sebanyak £13 (dengan menggunakan contoh dari kehidupan sebenar) di dalam panduan untuk pertaruhan padanan yang amat berharga ini.Jika anda mengetahui cara lain yang lebih baik untuk menjana £50/jam dengan hanya duduk di rumah, sila beritahu kami.

2. Buat Duit Dengan Kaji selidik dalam talian

 

buat duit dengan cepat swagbucks

Antara cara yang semakin popular untuk pelajar buat duit dengan cepat dan memperolehi pendapatan ialah dengan menjawab kaji selidik di masa lapang mereka. Syarikat penyelidikan sentiasa mencari ahli baharu di seluruh dunia untuk menjawab kaji selidik dan mencuba produk baharu.

Dengan mengambil beberapa minit untuk mengisi borang kaji selidik,anda boleh menjana pendapatan yang dibayar secara tunai atau di dalam bentuk ganjaran. Anda boleh mengumpul sehingga £3 ($5) untuk sesetengah kaji selidik!

Beberapa kaji selidik yang bagus dan boleh dicuba: TolunaLifePointsInboxPoundsOnepolli-SayOpinion OutpostPanel OpinionThe Opinion PanelYouGovPineconeSurveyBodsHivingPanel BaseProlificValued OpinionsSurvey Junkie.

Selain itu, daftar Swagbucks untuk mendapatkan dan buat duit dengan cepat serta ganjaran dengan menjawab kaji selidik, melayari laman web,menonton video dan bermain permainan.

3. Dibayar untuk Melakukan Carian di Internet.

 

Berminat untuk mendapatkan wang tunai dengan hanya melakukan apa yang anda selalu lakukan di dalam talian? Ini adalah antara cara yang termudah untuk menjana pendapatan dalam talian tanpa perlu mengeluarkan usaha atau perubahan tingkah laku harian anda.

Inovatif ini ialah merupakan idea Qmee.com yang memberi anda ganjaran dengan melakukan carian di laman Google, Bing atau Yahoo. Anda hanya perlu memasang tambahan (add-on) ringkas pada pelayar (browser) dan apabila anda menjalankan carian, akan terdapat beberapa keputusan carian yang yang ditaja disamping keputusan carian yang biasa.

Setiap keputusan carian Qmee telah dilampirkan dengan ganjaran tunai- jika anda berminat, anda hanya perlu klik pada keputusan carian tersebut dan dapatkan ganjaran anda!

Perkara yang paling terbaik ialah tiada jumlah minimum untuk mengeluarkan tunai- pengeluaran tunai pertama kami yang telah disalurkan ke akaun Paypal  hanyalah sebanyak-72p. Anda juga mempunyai pilihan untuk menderma tunai tersebut ke badan kebajikan.

Anda boleh buat duit dengan cepat melalui Qmee.com ini. Sila daftar sekarang secara percuma dan mula jana pendapatan dengan carian anda di internet! Klik di sini untuk mula.


4. Pasaran Dagangan dalam Talian.

Walaupun ini bukanlah semestinya cara yang mudah untuk menjana pendapatan, melabur di dalam pasaran saham boleh menguntungkan anda sekiranya dilakukan dengan betul dan selamat. Melalui cara yang sama, anda juga boleh menghadapi kerugian yang besar sekiranya tidak dilakukan secara serius.

Hari ini, tidak perlu lagi untuk anda menggunakan cara broker saham seperti cerita Wolf of Wall Street. Anda boleh melakukan semuanya sendiri dengan bantuan platform pasaran dagangan dalam talian.

Setelah meluangkan beberapa jam mengkaji peluang baharu, saya telah menjalankan eskperimen di dua platform yang terbesar: Plus500 and eToro.com. Kedua-dua platform ini menawarkan akaun secara percuma.

Secara keseluruhannya, saya lebih menyukai eToro yang memiliki sehingga 8 million pengguna di serata dunia. Platform ini telah dipaparkan di sebuah dokumentari BBC 2 “Traders: Millions by the Minute”  dan telah menaja beberapa kelab bola sepak di Liga Premier baru-baru ini.

Antara perkara yang terbaik tentang eToro ialah ciri CopyTrader. Ciri ini membenarkan anda untuk melihat, mengikuti dan menyalin perlaburan oleh pelabur yang terbaik secara langsung.

Ikuti panduan lengkap oleh George di eToro untuk mengetahui lebih lanjut. Saya merasakan bahawa $200 ialah jumlah yang bagus demi mendapatkan hasil yang terbaik untuk tujuan pembelajaran dengan mencuba beberapa pasaran yang berbeza. Sekurang-kurangnya anda akan belajar tentang pelbagai pelaburan dan industri.

Sila berhati-hati dengan mengetahui bahawa setiap perdagangan mempunyai risiko. 75% dari pelabur runcit telah kerugian duit apabila menjalankan perdagangan CFDs dengan pembekal ini. Anda patut mengambil kira, sekiranya anda mampu untuk mengambil risiko yang tinggi dan mengalami kerugian. Kandungan ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran sahaja dan bukanlah nasihat pelaburan.

 

Lihat Juga :   Buat Duit Dengan URL Shortener Yang beri Bayaran Tertinggi

5. Buat Duit Dengan Mulakan Laman Web Anda Sendiri.

Berminat untuk menjana pendapatan secara pasif? Anda memerlukan laman web. Inilah CARANYA untuk menjana mendapatan sambil anda tidur.

Memulakan laman web dengan exbyates mengambil masa kurang dari 20 minit, dan tidak mengeluarkan banyak kos, ia juga boleh dilakukan oleh seorang orang tua yang berumur 82 tahun. Proses ini hanya memerlukan sedikit usaha di media sosial untuk mendapatkan pelawat pertama anda, dan terdapat banyak cara untuk mendapatkan keuntungan dari jumlah pelawat laman anda.

 

6. Lakukan Ulasan Laman Web dan Aplikasi untuk Wang Tunai.

Sekiranya anda memiliki kepakaran mengenai pelayar (browser) web,jadi inilah masanya untuk anda menjadi golongan profesional dan layari laman web untuk memiliki kerja yang berbayar dan seronok!

Memperkenalkan UserTesting.com– sebuah platform baru yang membayar pengguna harian untuk melakukan ulasan pelbagai jenis laman web. Setiap ulasan mengambil masa sekitar 20 minit dan membenarkan anda untuk mendapat $10 (£6.50) melalui Paypal.

Anda hanya perlu mendaftar di sini.


7. Rahsia ‘Bilik Kebal Disney’

Demi memenuhi permintaan yang tinggi merentas pelbagai generasi, Studio Disney telah mengehadkan pengeluaran bekalan produk klasik mereka dengan berhati-hati. Produk ini telah dikunci di dalam ‘bilik kebal’ selama 8-10 tahun sebelum dilancarkan pada masa pendek dan tidak diketahui.

Beli produk klasik ini di pautan di bawah pada harga runcit yang biasa dan anda boleh mendapat keuntungan yang baik apabila produk ini tidak lagi dijual pada 10 tahun akan datang.

Sebagai contohnya, pada tahun 2011, anda boleh membeli Beauty and the Beast dalam Blu-Ray 3D pada hanya £24.99. Dalam masa beberapa tahun sahaja ia telah dijual dengan dengan harga yang sangat tinggi, sebanyak £74.99 di laman Amazon!

Perkara yang paling penting ialah tidak semua pengeluaran produk Disney akan disimpan di dalam ‘bilik kebal’. Hanya produk klasik yang asli akan sentiasa mengekalkan permintaan untuk ‘bilik kebal’.

Pada masa ini saya mencadangkan hanya dua tajuk filem yang telah dikeluarkan oleh bilik kebal untuk anda rebut. Tajuk-tajuk filem tersebut ialah Bambi Diamond Edition Blu-ray dan The Lion King Diamond Edition Blu-ray.

 

8. Laman ‘Dapatkan bayaran dengan’

Sama seperti menjana duit dengan kaji selidik dalam talian, laman ‘Dapatkan bayaran dengan’ memberikan anda ganjaran tunai dan baucar apabila anda melengkapkan pelbagai tawaran / offer dan aktiviti di dalam talian.

Antara laman yang popular hari ini ialah TolunaSwagbucks dan InboxPounds.

9. Menjadi Seorang Penunggang atau Pemandu Penghantaran.

Anda memiliki basikal,motosikal ataupun kereta? Adakah anda juga memiliki telefon pintar? Itu sahaja yang anda perlukan untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan melakukan penghantaran makanan atau penumpang apabila anda mempunyai waktu lapang.

Daftar pada syarikat yang pakar dalam penghantaran seperti bungkusit yang sentiasa mencari penunggang baru. Mereka membenarkan anda memiliki masa kerja yang fleksibel seperti yang anda inginkan untuk menghantar makanan dari restoran ke pintu rumah pelanggan. Anda mampu meraih sehingga RM3000/sebulan.

 

 

10. Tulis dan Terbitkan Sebuah eBook Kindle

Antara kelebihan yang selalu dimiliki oleh pelajar ialah, mengkaji dan menulis. Dengan menggunakan, Amazon Kindle store, sesiapa sahaja boleh menerbitkan sebuah eBook (buku elektronik) dan menjana pendapatan. Belajar create ebook kindle

Aplikasi Kindle ini juga tersedia di dalam hampir semua peranti (laptop, iPad, telefon pintar, dan semestinya di Kindle) jadi pasaran global anda sangat meluas!

Senaraikan buku anda dengan harga £1.49 – £6.99 dan anda akan meraih sebanyak 70% daripada hasil jualan. Keuntungan ini sangat berbaloi melihatkan bahawa Amazon ialah platform jualan yang sangat hebat ( pelanggan sentiasa bersedia untuk berbelanja di sini ).

Kunci kejayaan untuk eBook ialah dengan mencipta nilai dan menulis karya bukan fiksyen. Dengan hanya menyusun maklumat yang anda telah kaji dan kumpulkan mengenai masalah tertentu, (eg. ‘rahsia’ mencari pekerjaan) dan bentangkan semua informasi tersebut dengan format yang mudah untuk dicerna oleh minda pembaca (eBook), anda mampu untuk membuatkan seseorang berbelanja untuk eBook tersebut.

Antara tips lain ialah dengan memiliki kulit muka yang menarik, (layari di sini) supaya buku anda menonjol dan mendapat perhatian umum di Kindle. Perkara ini amat penting untuk memastikan buku anda memiliki ulasan yang dapat membantu buku anda muncul di carian teratas. Galakkan pembaca anda untuk meninggalkan ulasan yang jujur pada penghujung buku anda.

Perkara yang terbaik mengenai idea yang memberi keuntungan ini ialah sebaik sahaja anda melaburkan masa anda (misalnya 20 jam), anda akan meraih pendapatan pasif sehingga beberapa tahun akan datang! Ini ialah panduan terperinci untuk menerbitkan dan menjana pendapatan dengan eBook, di sini

 

Lihat Juga :   Jadi juru jual broadband maxis, unifi, astro

11. Pemasaran Secara Bersekutu

Jika anda memiliki pengaruh yang bagus di media sosial atau mungkin anda mempunyai blog atau laman web, anda boleh menjana duit dengan pantas dengan memasarkan pelbagai jenis syarikat, produk, servis dan tawaran secara dalam talian.

Daftar sebagai penerbit di Awin network, lihat blog mereka untuk tawaran atau layari laman web senarai peniaga untuk mencari sesuatu produk yang anda rasakan kawan-kawan anda akan minati, dapatkan pautan bersekutu dan kongsikannya. Jika seseorang membeli (dalam tempoh sehingga 90 hari) dengan menggunakan pautan yang anda kongsikan, anda akan mendapat komisyen yang baik.

 

Anda boleh mengambil langkah lebih lanjut dengan mencipta laman web sendiri ( lihat panduan kami) atau laman Facebook yang bertopik dan jemput semua rakan anda untuk menyertainya dan hantarkan tawaran bersekutu anda di sana.

 

 

12. Kitar Semula Telefon Bimbit

Anda boleh buat duit dengan cepat yang bagus dan membantu alat sekitar dengan mengitar semula telefon bimbit lama anda dan peranti lain yang tidak digunakan lagi.

Sila layari laman kami supaya anda mampu menjana duit dengan telefon lama dengan mengetahui syarikat yang bersesuaian untuk digunakan dan memastikan anda mendapat wang tunai yang telah anda tawarkan untuk telefon lama anda.

 

 

13. Menjadi seorang ‘Clickworker’

Konsep laman Clickworker.com ialah berdasarkan sumber dari orang ramai di dalam talian (internet crowd-sourcing) di mana perniagaan di iklankan secara spesifik, dan tugasan berskala yang perlu dilengkapkan dengan segera. Sementara itu, cara ini membantu kita untuk menjana duit dengan  mudah dan pantas sambil duduk di rumah sahaja.

 

Terdapat pelbagai tugasan, tetapi tugasan yang paling kerap melibatkan tugasan mudah seperti memasukkan data, melayari laman web dan mengisi borang. Anda diberi ganjaran dan dibayar tunai (melalui Paypal) untuk kerja yang anda lakukan, anda juga boleh memilih jenis dan masa kerja anda. Anda boleh cuba di sini. [ Jika anda di US, anda juga boleh cuba  ‘Mechanical Turk’ dari Amazon

 

14. Tuntut Semula Cukai Anda

Ramai pelajar bekerja sambilan atau ketika cuti musim panas sesetengah pelajar akan menjalankan penempatan atau laithan pekerjaan yang berbayar. Kebiasaanya, jika anda pelajar yang bekerja anda akan membayar cukai secara berlebihan.

Mengapa? Hal ini hanya kerana sesetengah pelajar mempunyai kebenaran untuk memiliki elaun bebas cukai setiap tahun namun pihak majikan meletakkan kebenaran ini di bawah kod kecemasan cukai,bermakna pelajar harus membayar cukai walaupun sebenarnya mereka tidak perlu untuk membayarnya.

 

 

15. Dapatkan Rebat Tunai ketika Berbelanja

Ini bukanlah sekadar cara untuk menjana duit buat pelajar, malah turut membantu pelajar untuk menjimatkan duit.Jika anda melihat dari perspekti lain, anda sebenarnya menjana duit dengan setiap pembelian yang anda akan lakukan sama ada rebat tunai itu sebanyak 10% atau 0.5%.

Terdapat beberapa laman web rebat tunai di luar sana yang membayar anda komisyen penuh yang sebenarnya boleh diraih oleh laman itu sendiri.

Kami mencadangkan untuk mendaftarkan diri anda di shopbackQuidco.com dan Swagbucks . Laman ini percuma dan menawarkan pilihan terbaik dari peruncit dan eksklusif

 

16. Bekerja Sambilan

Kerja sambilan ialah pilihan yang jelas, dipilih oleh kebanyakkan pelajar yang ingin buat duit lebih untuk membayar pinjaman pelajaran mereka. Pekerjaan ini menyediakan aliran pendapatan yang stabil dan membenarkan anda untuk mencari pengalaman bekerja yang bernilai.

Namun kerja sambilan yang bagus bukanlah mudah untuk dicari!

Mulakan dengan kajian pekerjaan pelajar kami, kemudian periksa jawatan kosong di dalam akhbar tempatan dan servis pekerjaan di universiti anda untuk mencari kekosongan kerja.

Selain itu, amat berbaloi untuk anda mendaftar di  CV Library, sebuah hikmat percuma yang memadankan CV (cover letter) anda dengan kerja sambilan yang sesuai untuk anda dan peluang kerjaya anda.

Sila baca panduan kami untuk mencari kerja sambilan ketika belajar untuk lebih banyak tips!

 

Lihat Juga :   5 Perkhidmatan dan Apps Untuk Extra Income

 

17. Jalankan ‘Gigs’ di Fiverr

Fiverr sekarang ialah merupakan tempat pasaran dunia yang terbesar untuk orang ramai menjana duit dengan menjual servis-servis kecil (dipanggil sebagai gigs). Anda boleh buat duit dengan cepat di Fiverr ini. 

Anda boleh menawarkan apa-apa sahaja, dari penulisan dan menterjermah, perkongsian media sosial, membuat gurauan dan kejutan serta mengajar cara untuk mencipta lagu,rakaman suara dan klip video pendek untuk pelanggan di seluruh dunia!

Harga tetap servis anda ialah $5 (asal nama Fiverr), tetapi anda boleh meletakkan servis ekstra untuk gig dan mendapatkan lebih banyak duit. Walaupun pendapatan yang diraih tidak kelihatan banyak, namun ia boleh bertambah dengan pantas dan terdapat banyak contoh pengguna yang mendapat kehidupan yang senang melalui laman ini. Kuncinya ialah untuk anda menetapkan sistem yang mengurangkan masa anda untuk melengkapkan setiap gig.

Namun, terdapat cara lain untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Fiverr dengan kemungkinan kerja yang lebih kurang dari biasa. Bagaimana? Dengan hanya menjual semula gig di tempat lain. Sebagai contohnya, anda boleh mencari pereka logo yang berkualiti dan jual hasil kerja tersebut di Upwork ataupun di surat khabar harian tempatan. Dengan hanya membelanjakan $5 anda boleh menjana sehingga $50+sehingga berulang kali! Anda boleh buat duit dengan cepat jika service anda mula menerima tempahan dan tempuh respone dah siap kerja anda adalah cepat.

Adalah tidak mustahil untuk sebulan anda boleh mendapat beberapa ratus USD. Itu adalah pendapatan yang sangat lumayan bagi saya.

Sekiranya anda tidak berminat untuk menjual hasil kerja, terdapat pelbagai servis yang baik untuk anda sendiri Layari laman ini untuk detail!

 

18. Ulas / Dengar Muzik untuk Mendapatkan Duit.

Jika anda sukakan muzik, anda boleh jadikan minat anda sebagai perniagaan dengan mendengar muzik dalam talian  melalui laman PlaylistPush.

PlaylistPush adalah platform yang membolehkan pengguna Spotify, Deezer dan Apple Music monetize (menghasilkan duit) playlist mereka. Ia adalah laman web yang menghubungkan artis muzik ke kurator senarai main. Tambahan pula, laman web ini membantu artis-artis ini menyiarkan muzik mereka ke kurator playlist ini untuk peluang untuk dimasukkan ke dalam senarai.

 

 

19. Jual Nota Anda

Sekiranya anda tidak kisah berkongsi nota dengan pelajar-pelajar lain, anda mempunyai cara yang bagus untuk dapat duit dengan cepat dan lebih. Terdapat laman web di luar sana yang membenarkan anda untuk memuat naik nota anda berserta harga untuk nota tersebut, apabila terdapat pelajar lain yang memuat turun nota anda, anda akan dibayar.

Kebanyakkan laman seperti Nexus Notes and Stuvia ialah percuma untuk anda berkongsi nota anda namun selalunya akan mengambil sedikit potongan dari keuntungan  sebagai bayaran untuk membantu memasarkan nota anda di laman mereka.

 

Kebiasaanya anda perlu memuat naik nota dalam bentuk PDF. Bentuk ini amat berguna sekiranya anda ingin memuat naik nota tulisan tangan. Tapi anda boleh menjana lebih banyak duit dengan memuat naik nota yang ditaip. 

 

20. Jual Buku Terpakai Kursus Anda

Antara cara yang baik untuk buat duit dengan cepat ialah dengan membeli buku teks pelajar lain di hujung tahun dan menjual buku tersebut kepada pelajar baru sebaik sahaja mereka mula masuk belajar, ini ialah masa di mana pelajar baru mendapat informasi bahawa mereka memerlukan buku-buku tersebut.

Anda juga boleh mengiklankan buku-buku ini di sekitar kampus atau menyenaraikannya secara dalam talian dengan mudah di Amazon Marketplace (sila beri perhatian bahawa mereka mengambil komisyen dari jualan buku anda).

 

itu antara tips kami untuk cara buat duit dengan cepat. Selamat mencuba

Hits: 8435

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

2 Comments on “20 Cara Mudah untuk Buat Duit Online atau Offline Cepat”

Leave a Reply