Macam Mana Buat Duit Dengan Fiverr

Buat Duit Dengan Fiverr

 

Macam mana nak buat duit dengan Fiverr. Dalam Fiverr, anda boleh mendapat 4 dolar bagi setiap kerja yang anda lakukan. Pada asasnya, bagi setiap gigs / kerja adalah minimum 5 dolar tetapi 1 dolar dicaj oleh Fiverr untuk menyediakan platform untuk menghasilkan wang. Anda boleh letakkan harga yang lebih tinggi bergantung kepada kesukaran melakukan sesuatu task tersebut.

Terdapat beberapa kerja yang mudah yang anda boleh lakukan di dalam fiverr dan mendapat bayaran dalam dollar.
kalau ada dapat melakukan 5 kerja dalam sebulan maknanya ada akan mendapat $20 ($4 X 5 = $20) sebulan atau lebih kurang RM84.  Tetapi jika anda dapat melakukan lebih dari itu, tidak mustahil anda akan mendapat beberapa ratus dan ribu sebulan. 

Kami akan kongsikan beberapa cara untuk anda dapat buat duit dengan fiverr ini. Bayaran juga agak lumayan.
Dan sesetengah cara ini mungkin memerlukan skill tambahan dan kami juga akan berikan beberapa tips bagaimana untuk anda belajar skill-skill tersebut. 

 

Website Development

  • Bayaran : $100 – $2000 per gig

Merancang dan membina laman web boleh dikatakan salah satu pekerjaan berbayar tertinggi di Fiverr. Walaupun anda akan menemui banyak tawaran yang berbeza untuk konsep, reka bentuk dan pengekodan laman web, anda akan menghasilkan lebih banyak wang jika anda dapat melakukan kesemua aspek.

Khususnya, reka bentuk web e-dagang adalah adalah mempunyai permintaan yang tinggi. Pembeli secara khusus mencari penjual yang boleh membina platform seperti WordPress Squarespace, dan Shopify.

Skill : udemy  (boleh belajar macam-macam kaedah pembangunan web dengan murah)

Lihat Juga :   Beli Crytpo Dengan Huobi & Dapat Huobi Welcome Bonus $300 + 40 DOGE

atau anda boleh sahaja beli di online beberapa website template dari dan menggunakan wordpress sebagai web server anda. Antara tempat yang anda boleh beli template yang baik dan murah adalah seperti themeforest.

Anda boleh mendapatkan domain dan hosting yang murah dari banyak provider. Kalau di Malaysia exabytes mempunya package yang menarik untuk domain dan hosting.

Dan jika anda ingin hosting di luar negara, hosting nya lebih murah boleh menggunakan provider berikut:

  • namecheap.com dan name.com untuk domain yang murah.
  • Linode : untuk SSD cloud hosting

Video Marketing

  • Bayaran: $100 – $10,000 per gig

Pemasaran video adalah salah satu permintaan yang tertinggi di semua Fiverr. Malah, permintaan bagi jenis perkhidmatan ini meningkat lebih daripada 100% sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikannya pilihan yang lumayan bagi mereka yang mempunyai pengalaman video editing.

Pilihan termasuk video latihan, animasi pendek, dan iklan. Terdapat juga pasaran yang besar untuk perniagaan yang berusaha mengembangkan usaha media sosial mereka. Biasa perkhidmatan ini diperlukan untuk disaiarkan di dalam video YouTube, Instagram, dan Facebook. 

Untuk yang tidak mempunya ilmu mengenai video editing atau animasi video.

Anda boleh guna banyak aplikasi-aplikasi yang ada di market dan harga nya adalah amat murah dan memudahkan kerja-kerja anda. Anda tidak perlu sangat skill editing video dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi adalah seperti berikut:

 

Ilustrasi

Bayar: $ 10 – $ 300 per gig

Sama ada anda seorang peminat komik atau suka melukis karikatur atau pun suka melukis design logo, poster da sebagainya, Fiverr adalah cara yang baik untuk mencari pendapatan tambahan yang lumayan. Anda boleh tengok contoh seperti ini,

Lihat Juga :   Guna Brave Browser untuk Mendapatkan Cryptocurrency Percuma

buat duit dengan fiverr logo design

Marioland ini mengenakan charge $30 bagi setiap design. Dari paparan dia telah menerima lebih dari 1000 rating. Jadi kita boleh anggar bilangan tempahan yang dia telah terima adalah lebih 1000.

1000 (tempahan) X $30 = $30,000 = RM 120,000.

Bukan sikit duit tu, jadi kalau anda berminat untuk membuat kerja-kerja berkaitan design / ilustrasi anda boleh pergi kepada kursus-kursus berkaitan.
Bagi design logo, banner, grafik anda boleh download beberapa aplikasi yang telah direka untuk memudahkan anda menghasilkan satu design yang cantik, menarik dan nampak seperti PRO.

Anda boleh cuba download Pixielogo. atau boleh juga download aplkasi logobiz.

Kos bagi membeli software ini adalah tidak mahal dan anda boleh menggunakannya secara mudah.

Social Media / Internet Marketing / Online Marketing

Bayar: $ 10 – $ 300 per gig

Socaial media / online marketing merupakan high demand job di dalam Fiverr. ianya merupakan antara mendapat bayaran yang tinggi.

Contoh adalah seperti berikut :

buat duit dengan fiverr social media marketing

growwithlaura ini mendapat lebih 1000++ job untuk membuat faceook marketing sahaja. Jadi anda boleh kira berapa hasil beliau berdasarkan kira-kira yang kita baca di atas.

Sebenarnya terdapat beberapa tools yang memudahkan anda untuk membuat social media marketing ini.
Anda boleh sahaja membuat marketing tanpa menggunakan apa-apa tools tetapi tools ini akan memudahkan managment marketing anda.

Anda boleh download aplikasi-aplikasi seperti ini.

  • AdvertSuite (facebook): aplikasi ini dapat membantu anda meniru iklan-iklan dalam facebook dan keyword yang digunakan sama seperti iklan anda dan anda boleh copy iklan tersebut.
Lihat Juga :   Aplikasi Move to iOS, Cara Apple untuk Menarik Pengguna Android

 

Baca juga : Buat duit dengan Survey Online

About Author

2 thoughts on “Macam Mana Buat Duit Dengan Fiverr

  1. Pingback: Macam Mana Buat Duit dengan Menjawab Survey - MacamMana.my
  2. Pingback: 40 Cara Mudah untuk Buat Duit dengan Cepat - MacamMana.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *