Apabila tiba masanya untuk sesi pembersihan banyak pakaian-pakaian dalam almari, anda boleh menghasilkan duit dengan pakaian-pakaian lama anda itu, tetapi mestilah dalam keadaan baik.
Second Street Bundle Shop menggalakkan anda mengitar semula pakaian terpakai atau tidak digunakan dengan menjualnya ke cawangan Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mereka. Selagi barang masih dalam keadaan baik, anda boleh buat duit daripadanya!
Kedai menerima pakaian, topi, kasut dan beg.
Begini cara ia berfungsi:
1. Bawa barang anda ke kedai.
2. Kakitangan akan mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk menilai barang-barang tersebut untuk melihat sama ada ia berada dalam keadaan yang cukup baik untuk dijual semula.
3. Mereka akan menawarkan harga untuk anda bersetuju atau menolak. Jika anda bersetuju dengan harga tersebut, mereka kemudiannya akan membayar anda secara tunai secara langsung.
Semua barang akan dijual semula di kedai dengan harga RM5 dan ke atas. Jika barangan tidak dijual dalam tempoh masa tertentu, harga akan dikurangkan, atau akhirnya akan dilupuskan kerana stok diisi semula setiap hari.
Sistem ‘Beli & Jual’ ini hanya terdapat di cawangan Bangsar Baru dan TTDI Second Street buat masa ini
Anda boleh masuk dengan barang-barang anda dan menyerahkannya kepada kakitangan di kaunter pada bila-bila masa antara 10 pagi dan 6 petang setiap hari. Lokasi mereka adalah seperti berikut
outlet TTDI
37, Jalan Tun Mohd Fuad 3,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Outlet Bangsar Baru
1st Floor, 2A, Jalan Telawi 5,
Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
