buat duit melalui tiktok

Bagaimana Saya Buat Duit Di TikTok – Bagaimana Saya Mendapat 350,000 Pengikut dan Menjana $ 60,000 Dalam 6 Minggu

Adakah anda ingin belajar bagaimana menjana wang di TikTok? Inilah cara Tori bermula dari 0 hingga mendapat 350,000 follower TikTok dan menjana $ 60,000 hanya dalam 6 minggu.

Hari ini, saya ingin memperkenalkan anda kepada Tori Dunlap.

Tori Dunlap adalah pakar kewangan dan mempunyai kerjaya yang sangat bagus. Setelah menyimpan sebanyak $ 100,000 pada usia 25 tahun, Tori berhenti dari pekerjaan korporatnya dalam pemasaran dan memulakan satu business iaitu yang diberi nama Her First $100K. Dia telah membantu lebih dari 200,000 wanita dalam financial planning seperti pengurusan gaji, membayar hutang, simpanan, dan pelaburan.

buat duit melalui tiktok

Dalam satu temu ramah ini, Tori ada menceritakan bagaimana ianya berjaya menghasilkan $60,000 hanya dalam 6 minggu. Jom kita ikuti sesi temubual tersebut. Mungkin banyak kita boleh belajar dari Tori ini.

1. Ceritakan kisah anda. Siapa anda dan apa yang anda buat?

Saya seorang pakar kewangan dan mempunyau kerjaya milenium yang diiktiraf  dan gaji adalah lumayan. Setelah menyimpan (termasuk pelaburan) $ 100,000 pada usia 25 tahun, saya berhenti dari pekerjaan korporat saya dalam pemasaran dan mengasaskan HER FIRST $100K untuk memerangi ketaksamaan kewangan dengan membantu wanita membuat perancangan kewangan terhadap penapatan, hutang dan pelaburan mereka.

Saya telah membantu lebih dari 350,000 wanita dalam perundingan mengenai kewangan mereka, melunaskan hutang, membuat simpanan, dan melabur – dan saya yakin bahawa pendidikan kewangan adalah satu proses yang perlu wanita buat dengan baik.

Pemenang anugerah Plutus, karya saya telah dipaparkan di Good Morning America, the Today Show, the New York Times, PEOPLE, TIME, New York Magazine, Forbes, CNBC, dan banyak lagi.

Sebelum menjadi usahawan sepenuh masa, saya mengetuai pemasaran strategi organik untuk syarikat Fortune 500 – dengan pelanggan seperti Amazon, Apple, Facebook, Nike, NFL, dan Academy Awards – dan syarikat teknologi kewangan global. Selama hampir lima tahun, saya specialized dalam media sosial, SEO, kandungan, dan influencer marketing untuk mengembangkan komuniti dan meningkatkan kesedaran.

Lihat Juga :   Macam Mana Buat Duit Dengan Fiverr

Saya kini mengembara keseluruh dunia sambil menulis, bercakap, dan memberi bimbingan mengenai kewangan peribadi, perniagaan dalam talian, dan keyakinan diri kepada wanita milenial.

 

2. Berapa lama anda berada di TikTok? Mengapa anda boleh bermula untuk buka akaun TikTok?

Saya benar-benar mula menjalankan TikTok untuk perniagaan saya dalam 6 minggu terakhir (dan memperoleh hampir 350,000 pengikut)

Saya tahu bahawa anda dapat melihat peningkatan yang cepat bagi platform tiktok ini – ini adalah satu-satunya platform sosial utama yang kini mempunyai lebih banyak orang yang menggunakan kandungan daripada membuatnya – dan ia sesuai dengan jenama saya.

Saya meminati pendidikan kewangan sebagai bentuk protes, dan menjadikan perbualan wang termasuk – bertemu dengan orang di mana mereka berada di TikTok sepertinya cara yang sempurna untuk melakukannya.

Bagi saya, menjadi viral dan mendapat 350,000 pengikut dalam waktu yang singkat adalah bukti bahawa Gen Z sangat meminati nasihat kewangan peribadi.

 

3. Bagaimana anda membuat akaun TikTok anda meletup?

Saya terkejut dengan perkembangannya, dan saya tidak pernah melihat platform media sosial yang begitu mesra pengguna (sama juga seperti facebook, tapi Facebook menjadi semakin fokus kepada perniagaan.)

Dari segi pengikut, saya memerlukan 3 hari untuk melakukan di TikTok apa yang saya perlukan selama 3 tahun di Instagram. Tetapi saya sudah bersedia – Saya sudah mempunyai perniagaan, kredibiliti, dan produk global yang mapan untuk dijual. Sebagai bekas pengurus media sosial, saya sudah tahu bahawa konsistensi, kredibiliti, dan penyampaian sebelum menjual adalah cara terbaik untuk kita meningkatkan followers di akaun kita.

Ianya adalah satu percapaian yang besar apabila video yang menjadi viral  saya mendapat 100 pengikut setiap 5 minit (dan setakat artikel ini ditulis, jumlah like ada 747k)

Lihat Juga :   Cara Buat Duit dengan Bermain PUBG setiap hari!

Ini sekaligus melipat gandakan trafik ke halaman web saya, dan meningkatkan penjualan saya, dan meningkatkan kredibiliti saya.

 

4. Bagaimana anda menjana wang di TikTok?

Saya menjana wang dengan mempromosikan produk saya sendiri (seperti templat resume dan side hustle courses) dan affiliate.

Sebagai contoh, saya mungkin bercakap mengenai akaun simpanan dan menghantar orang ke pautan affiliate bank saya.

Dalam 6 minggu terakhir, saya memperoleh lebih dari $ 60,000 hanya dari TikTok.

Sekarang saya mempunyai banyak pengikut, saya juga membuat duit melalui tiktok melalui mempromosi beberapa jenama, dan produk yang saya percayai.

 

6. Alat apa yang anda perlukan untuk video anda? Adakah hanya telefon anda?

Telefon anda adalah perkara utama yang anda perlukan. Saya juga melabur dalam ring light/tripod  untuk memudahkan pengambilan gambar, dan memastikan cahayanya mencukupi.

Sekiranya anda ingin membuat video yang lebih hebat, anda mungkin memerlukan perisian penyuntingan, kamera atau alat prop yang lebih profesional.

Anda boleh pelajari cara-cara untuk mengambil video yang baik. Saya pada mula-mula pun agak tidak pandai. Jangan biarkan perkara itu menakutkan anda kerana lama-kelamaan anda akan biasa dengannya.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: