Cara Check Kelajuan Internet

Cara Check Kelajuan Internet

Semasa anda mendaftar untuk internet di rumah, pejabat atau phone, anda sering membayar harga tertentu berdasarkan kelajuan sambungan anda. Semakin cepat, semakin mahal anda perlu bayar. Anda boleh memohon talian broadband di sini. UNIFI, MAXIS, TIME

Jadi adalah amat penting untuk mengetahui cara memeriksa sama ada anda mendapat apa yang anda bayar.

Anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa anda tidak mendapat apa yang ada bayar sebenarnya. 

Saya akan menerangkan cara yang boleh gunakan untuk membuat semakan internet di rumah, pejabat anda dan sebagainya. Jika anda tidak berpuas hati dengan performance internet, anda boleh membuat aduan rasmi kepada syarikat penyedia (ISP) yang anda langgan berserta bukti ujian anda perlu lakukan. 

Walaubagaimana pun, ujian ini bergantung kepada router wifi dan modem yang anda gunakan. 

Cara check kelajuan internet

#1 Test guna laman web syarikat telekomunikasi

Sesetengah syarikat telekomunikasi menyediakan laman web untuk para pengguna servis mereka dapat menyemak kelajuan internet yang digunakan. Berikut adalah senarai laman web yang anda boleh gunakan untuk check kelajuan internet anda, klik pada servis telekomunikasi yang anda gunakan.

Anda hanya perlu klik  Start Test atau Go untuk memulakan semakan. Bagi servis telekomunikasi yang tiada di dalam senarai di atas pula, jangan risau. Kami ada beberapa cara lagi untuk check kelajuan internet dengan mudah.

#2 Buat speedtest guna website Ookla

Ookla merupakan penguji kelajuan yang umum, digunakan di serata dunia. Malahan, sistem yang diguna pakai oleh pautan di atas juga bersumberkan Ookla. Untuk check kelajuan internet anda, hanya perlu klik di sini.

Lihat Juga :   TM Unifi menawarkan internet broadband 2Gbps tidak lama lagi, tetapi berapakah kosnya?

#3 Cek guna aplikasi Ookla

Masih menggunakan servis Ookla, perbezaan bagi semakan terus di laman web dan di aplikasi adalah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Ookla di telefon pintar. Klik pada pautan  iOS atau Android untuk memuat naik aplikasi Ookla secara percuma.

#4 Cek melalui Windows speed test

Bagi pengguna PC atau Windows, anda boleh memuat turun aplikasi Windows Speed Test untuk check kelajuan internet anda. Aplikasi ini boleh didapati pada pautan ini secara percuma.

#5 Test laman web Fast

Kalau wifi masih slow, boleh cuba satu alternatif yang lain.

Selain daripada Ookla, salah satu cara untuk check kelajuan internet juga boleh dibuat menerusi laman web Fast. Laman ini dikuasakan oleh Netflix, hasil pembacaannya juga boleh dipercayai.  Anda boleh klik pada pautan ini untuk terus ke laman web Fast.

Bagi bacaan kelajuan internet, lebih tinggi bacaannya, lebih baik kelajuan internet tersebut. Berbeza dengan ping, lebih tinggi bacaan ping, lebih tinggi kadar gangguan yang ada di sekitar anda. Ini boleh menyebabkan kelajuan internet ada berkurangan,

Cara troubleshoot Internet di telefon bimbit

Sekiranya anda telah mengikuti cara check kelajuan internet di atas dan hasilnya tidak memuaskan. Anda boleh ikuti langkah-langkah untuk troubleshoot internet anda bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

Ia terpakai untuk semua telefon termasuk iPhone dan Android.

  1. Tukar mod telefon anda kepada Airplane dan Restart telefon bimbit anda.
  2. Sekiranya cara di atas tidak berjaya, anda perlu cross check telefon bimbit yang digunakan juga.
  3. Check dengan org di sekeliling anda sama ada mereka menghadapi isu yang sama atau tidak.
  4. Jika hanya anda seorang yang menggunakan servis telekomunikasi terbabit, anda boleh ikuti cara seterusnya.
  5. Off telefon bimbit anda dan keluarkan sim card dari telefon.
  6. Masukkan sin card ke dalam telefon bimbit yang lain.
  7. On telefon bimbit tersebut dan check kelajuan internet sekali lagi.
Lihat Juga :   Ingin Melancong? 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Guna Klook

Andai kelajuan internet anda bertambah baik, itu bermakna telefon anda perlukan system update. Manakala sekiranya tiada perubahan dan kelajuan internet masih di tahap yang perlahan, anda boleh hubungi khidmat pelanggan bagi servis telekomunikasi anda untuk semakan yang lebih lanjut.

 

 

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!