Cara Guna Shortcut yang kita boleh gunakan di WhatsApp Web

Whatsapp Web Shortcut

Web WhatsApp adalah cara mudah untuk menggunakan WhatsApp di komputer atau desktop anda, selagi anda mempunyai akaun di telefon pintar anda untuk log masuk.

Sebahagian besar daripada anda mungkin sudah mengetahui cara menggunakan Web WhatsApp di PC. Kali ini, kami akan menyediakan cara untuk membuat beberapa shortcut dengan menggunakan keyboard di Web WhatsApp.

Langkah ini dapat menjadikan aktiviti komunikasi menjadi lebih pantas.

Berikut adalah beberapa shortcut yang anda boleh gunakan. 

1. Ctrl + Alt + Shift + U: tanda chat yang belum dibaca

2. Ctrl + Alt + Shift + M: mute chat

3. Ctrl + Alt + E: arkib kan chat

4. Ctrl + Alt + Backspace: Padam chat

5. Ctrl + Alt + Shift + P: Pin chat

6. Ctrl + Alt + / (garis miring): Cari

7. Ctrl + Alt + Shift + F: Cari chat

8. Ctrl + Alt + N: Mulakan sembang baru

9. Ctrl + Alt + Shift + N: Buat kumpulan baru

10. Ctrl + Alt + P: Profil dan Tentang

11. Ctrl + Alt +, (koma): setting

Leave a Reply

%d bloggers like this: