Ogos 1, 2021
cari password wifi android

Cara Lihat Wifi Password Pada Peranti Android Anda

Sepanjang anda menggunakan telefon pintar Android, anda mesti pernah connect ke pelbagai point WiFi di pelbagai tempat. Sama ada di pejabat, kafe, tempat makan, dan ruang kerja.

Setiap kali anda datang ke tempat yang menyediakan sambungan WiFi, anda harus klik pada kata laluan / password untuk menyambung ke internet.

Ketika anda pertama kali memasukkan kata laluan WiFi di lokasi tersebut, peranti Android anda akan menyimpan kata laluan secara automatik.

Dengan ini, anda tidak perlu lagi memasukkan kata laluan yang sama semasa anda kembali ke tempat itu.

Namun, bagaimana jika anda terlupa dan ingin menyambung ke rangkaian WiFi menggunakan peranti lain atau share dengan rakan, tetapi lupa password atau kata laluan wifi tersebut?

Ia sangat mudah. Bagi anda yang menggunakan peranti Android 10 atau lebih tinggi, anda dapat melihat kata laluan WiFi yang disambungkan dengan mudah. Berikut adalah cara lihat wifi password.

Kongsi WiFi melalui QR Code

Anda hanya perlu pergi ke Settings > Connection > WiFi

Selepas itu, klik WiFi> klik nama WiFi yang ingin anda kongsi> tekan ikon roda di sebelah nama WiFi> ketuk butang QR Code.

Kemudian anda akan melihat paparan Kod QR, dan anda boleh berkongsi kata laluan dengan rakan anda atau menyambungkannya ke peranti lain.

cara lihat wifi password

 

Langkah seterusnya


Seterusnya, anda memerlukan aplikasi pengimbas Kod QR yang boleh didapati di Play Store. Contohnya, Trend Micro QR Code atau anda boleh mengimbas kod menggunakan Google Lens yang tersedia secara langsung di browser Chrome.

Buka aplikasi, kemudian klik pilihan di kiri bawah untuk membuka QR Code yang disimpan di galeri telefon.

Sistem aplikasi akan secara automatik memaparkan detail connection, termasuk kata laluan. Kedudukannya adalah selepas perkataan ‘WPA; P:’ dan sebelumnya ‘; H: false ;;’

Leave a Reply

%d bloggers like this: