Cara Menunjukkan Had Kelajuan Dalam Google Map

 

Jika anda adalah sorang yang selalu menggunakan map semasa memandu. majoriti orang ramai akan menggunakan waze, google map, dan lain-lain lagi. Ini memudahkan mereka mencari jalan-jalan pantas walapun kita sudah biasa dengan jalan-jalan tersebut. Waze, google map dan lain-lain aplikasi mempunyai kelebihan yang tersendiri. 

Kali ini kita akan membincangkan salah satu fungsi yang ada pada Google Map. Google Map mempunyai ciri yang membolehkan anda melihat had kelajuan di lebih dari 40 negara di seluruh dunia. Jika negara-negara tersebut termasuk di dalam senarai negara yang di support maka ianya akan dapat mengesan had kelajuan tersebut sama seperti kita menggunakan waze.

Jika anda berada di salah satu negara di atas, berikut adalah cara untuk mengaktifkan ciri had laju ketika menggunakan navigasi Peta Google.

1. Buka Peta Google pada peranti anda, tekan ikon profil anda di sudut kanan atas, kemudian Settings.

speed limit google map

2. Klik Navigation Settings, scroll ke bawah ke “Driving Options”, kemudian enable  (sehingga berwarna biru).

google map speed limit

3. Untuk panduan tambahan, anda juga boleh menghidupkan pilihan Speedometer di bawahnya, tepat di sebelah had laju yang sedang anda lalui. Ini menjimatkan anda untuk melihat antara papan pemuka dan skrin telefon anda sepanjang masa.

Peta Google terus menjadi lebih mirip Waze sejak membeli syarikat sat-nav yang bagus, dan bersama dengan pilihan had laju, navigasi anda juga akan memberitahu anda ketika anda menghampiri perangkap kelajuan yang mungkin ada tidak tahu lokasinya. 

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!