Cara Mudah untuk Mengemas kini Semua Apps iPhone secara Automatik pada iOS 16

Cara Mudah untuk Mengemas kini Semua Apl iPhone secara Automatik pada iOS 16

Apple sedang melancarkan kemas kini perisian iOS 16 kepada pengguna iPhone di seluruh dunia. Pelbagai ciri disediakan dalam versi iOS baru ini.

Dengan kemas kini iOS 16, Apple mahu menjadikan perkara lebih mudah untuk pengguna iPhone. Salah satunya dalam mengemaskini aplikasi iPhone

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan aplikasi sentiasa terkini atau menggunakan versi terkini. Selain memastikan keselamatan, kemas kini aplikasi juga memastikan ciri-ciri terkini dapat dinikmati.

Nasib baik iPhone boleh mengemas kini semua aplikasi secara automatik untuk pengguna. Pengguna juga boleh mengemas kini apl mereka satu per satu secara manual.

Berikut ialah cara untuk mengemas kini semua apps pada iOS 16 secara automatik:

1. Buka Setting pada Skrin Utama iPhone

2. Skrol ke bawah dan klik App Store

3. Di bawah bahagian Automatic Download, drag peluncur ke kanan (sehingga ia bertukar hijau) untuk melakukan kemas kini apps

 

Cara Kemas Kini Aplikasi iPhone Secara Manual


Cara mengemas kini apl secara manual pada iOS 16:

1. Pergi ke App Store pada Skrin Utama iPhone

2. Klik ikon profil anda di penjuru kanan sebelah atas

3. Pengguna boleh melihat sama ada terdapat kemas kini tersedia untuk aplikasi yang dipasang pada iPhone

4. Pengguna boleh mengemas kini satu persatu dengan mengklik butang Kemas kini di sebelah aplikasi

Lihat Juga :   Sony Xperia 1 IV dilancarkan dengan 4K OLED dan berharga US$1599.99 (~RM7006)

5. Pengguna boleh mengemas kini semua aplikasi dengan mengklik pilihan biru Kemas kini semua betul-betul di bawah tajuk kemas kini automatik akan datang

6. Pengguna kini boleh menikmati ciri baharu dan kemas kini keselamatan dalam aplikasi. Ulangi proses ini pada masa hadapan jika perlu.

 

Bagaimana untuk Mengemas kini iOS 16

Jika peranti anda boleh mengemas kini iOS 16, anda hanya perlu mengikut langkah ini.

1. Buka iPhone kemudian pergi ke Tetapan > Umum > Kemas Kini Perisian. Selepas itu tunggu sehingga kemas kini muncul.

2. Jika ia muncul tekan muat turun dan pasang untuk iOS 16.

3. Jika terdapat pilihan muat turun dan pasang untuk iOS 15.7, anda abaikan sahaja dan tekan butang naik taraf kepada iOS 16 di bahagian bawah kemudian tekan muat turun dan pasang untuk iOS 16.

4. Selepas itu masukkan kod laluan supaya anda boleh memulakan kemas kini.

5. Apabila muat turun selesai, anda hanya perlu reboot peranti anda.

6. Ikut arahan yang dipaparkan semasa pemasangan sedang berjalan.

7. Selepas itu kemas kini selesai.

About Author

Lihat Juga :   Penumpang Malaysia Airlines boleh membawa makanan sendiri di atas kapal untuk laluan terjejas selepas tamat perkongsian Brahim

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!