Cara setting Apple ID dan iCloud pada iPhone
Pada posting kali ini, kami akan share cara untuk cara setting Apple ID dan iCloud. Jika anda adalah pengguna iphone, ipad atau macbook, maka anda mungkin sudah biasa dengan Apple ID dan iCloud. iCloud yang diberikan secara percuma adalah sebanyak 5 GB. Jika anda perlukan lebih saiz, anda perlu subscribe tambahan ruangan.
Apple ID anda ialah akaun yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, iTunes Store, Apple Books, Apple Music, FaceTime, iCloud, iMessage dan banyak lagi.
Manakala iCloud adalah untuk menyimpan foto, video, dokumen, muzik, app dan banyak lagi—serta pastikan ianya dikemas kini merentas semua peranti anda. Dengan iCloud, anda boleh menyimpan foto, kalendar, lokasi dan banyak lagi dengan mudah bersama rakan dan keluarga. Anda juga boleh menggunakan iCloud untuk membantu anda mencari iPhone anda jika anda kehilangannya.
iCloud memberikan anda akaun e-mel percuma dengan 5 GB storan untuk mel, dokumen, foto dan video, serta backup anda. Muzik, app, rancangan TV dan buku yang anda beli tidak dikira dalam ruang tersedia anda. Anda boleh menaik taraf storan iCloud anda terus daripada iPhone.
Nota: Sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. Ketersediaan iCloud dan cirinya berbeza mengikut negara atau rantau.
Daftar masuk dengan Apple ID anda
Jika anda belum daftar masuk semasa mula-mula setup handphone atau notebook anda, lakukan yang berikut:
- Pergi ke Seting
.
- Ketik Daftar masuk ke iPhone.
- Masukkan Apple ID dan kata laluan anda.Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya (signup).
- Jika anda melindungi akaun anda dengan pengesahan dua faktor, masukkan kod pengesahan enam digit.
Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda, lihat Tapak web pulihkan Apple ID anda.
Tukar setting iCloud anda
- Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud.
- Lakukan mana-mana daripada berikut:
- Lihat status storan iCloud anda.
- Naik taraf storan iCloud anda—ketik Urus Storan > Tukar Pelan Storan.
- Aktifkan ciri yang anda mahu gunakan, seperti Foto, Mail, Kenalan dan Mesej.
Cara menggunakan iCloud pada iPhone
iCloud merupakan ciri penting bagi produk apple. Sila urus iCloud anda dengan baik bagi membolehkan penggunaan iphone anda sentiasa dalam keadaan siapsedia dan lancar.
Berikut adalah beberapa ciri / cara anda boleh guna iCloud (sila klik kepada setiap link untuk anda tahu lebih detail mengenai sesuatu cara)
- Mesej, Mail, Kenalan, Kalendar, Nota dan Peringatan
- Foto dan video; lihat Gunakan Foto iCloud pada iPhone
- Muzik, app dan buku
- Dokumen; lihat Sediakan iCloud Drive pada iPhone
- Penanda buku, senarai bacaan anda dan halaman web yang anda buka dalam Safari; lihat Layari web menggunakan Safari pada iPhone
- Kata laluan dan kad kredit; lihat Sediakan Rantai Kunci iCloud pada iPhone
Anda juga boleh melakukan yang berikut:
- Lihat data iCloud anda pada iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch, Mac dan iCloud.com (menggunakan Mac atau PC Windows).
- Kongsi foto dan video anda dengan orang yang anda pilih. Lihat Kongsi foto iPhone dengan Album Dikongsi dalam iCloud.
- Kongsi storan iCloud anda pada pelan dengan 200 GB atau lebih dengan sehingga enam ahli keluarga. Lihat Kongsi pembelian bersama ahli keluarga pada iPhone.
- Cari iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch, Mac, atau AirPods kepunyaan anda atau ahli keluarga anda. Lihat Cari peranti dalam Cari pada iPhone.
- Cari rakan dan keluarga anda; anda, rakan dan keluarga anda boleh berkongsi lokasi, mengikuti satu sama lain dan melihat lokasi semua orang pada peta. Lihat Cari rakan dalam Cari pada iPhone.
- Sandarkan dan pulihkan data anda. Lihat Sandarkan iPhone.
Lihat Juga : Macam Mana Nak Buat Soft Reset, Force Restart dan Factory Reset pada iPad