Cara Top up Prepaid

cara topup

Bagaimana mahu tambah nilai (top upprepaid apabila sudah habis kredit digunakan?

Apa yang kami kongsikan di sini adalah cara untuk topup dengan menggunakan kad prepaid. Jika anda ingin lebih mudah anda hanya perlu menggunakan mobile apps yang disediakan oleh pembekal atau menggunakan mobile atau internet banking. 

Kami akan menerangkan kepada anda cara topup prepaid mengikut jenis telco.

 
 

1. Cara top up Celcom

 
*122*Masukkan 16 Digit PIN#
Untuk semak baki, dail *124#
  • Untuk kongsi kredit Celcom melalui SMS dari RM 1-10, contoh RM1, taip RM1 dan hantar ke nombor telefon penerima
  • Untuk kongsi kredit Celcom melalui SMS dari RM 11-25, contoh RM10, sila daftar Airtime Transfer Share anda melalui SMS dengan menaip CAT(space)Masukkan 6 aksara kata laluan(space)Nama Ibu dan hantar ke 1019
  • Untuk permintaan kredit Celcom, contoh kredit RM10, sila taip RQ10 dan hantarkan ke nombor telefon penerima.
 

2. Cara top up Maxis

 
*111*Masukkan 14 Digit PIN#
Untuk semak baki, dail *122#
Untuk kongsi kredit Maxis melalui SMS, contoh RM10 (minima kongsi RM5), taip SHARE 012XXXXXXX RM10 (“X” iaitu nombor telefon penerima) dan hantar ke 22121 (caj perkhidmatan 50 sen dikenakan untuk setiap transaksi). Kemudian reply Yes.
 

3. Cara top up Digi

 
*123*Masukkan 16 Digit PIN#
Untuk semak baki, dail *126#
Untuk kongsi kredit  Digi dail *128# , pilih nombor 4 Talktime Service, kemudian tekan nombor 1.Talktime Transfer.
 
 

4. Cara top up UMobile

 
*138*Masukkan 14 Digit PIN#
Untuk semak baki, dail *118#
Untuk pengguna baru, cara aktif kad prepaid UMobile di sini
 

5. Cara top up Tunetalk

 
*122*Masukkan 16 Digit PIN#
Untuk semak baki, dail *133#
Untuk kongsi kredit Tunetalk adalah seperti berikut :
  1. Dail *111#
  2. Taip 3 untuk Credit
  3. Taip 2. untuk Transfer
  4. Enter recipent number follow with * seperti contoh 0114253253*3 dan hantar (hanya boleh guna nilai 3 dan 5 sahaja)
Lihat Juga :   Macam Mana Edit/Convert PDF Tanpa Adobe Acrobat
Dengan tips dan panduan top up kredit prepaid ini, semoga berjaya.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: