Cara Unlock iPhone Anda Dengan Face ID Semasa Memakai Topeng (Mask)

unlock iphone

Cara Unlock iPhone Semasa Memakai Topeng / Mask

Memakai topeng sangat penting untuk menjaga keselamatan anda dan orang di sekitar anda, lebih-lebih lagi di musim pandemic ini. Dan juga dengan adanya penguatkuasaan undang-undang pemakaian topeng muka/ mask di tempat awam di Malaysia ini, di Mana anda mungkin boleh di kompaun antara RM1000 hingga RM 10,000. 

Rata-rata orang ramai tidak mempunyai masalah dengan memakai topeng ini, tetapi ianya menyusahkan sedikit apabila anda ingin unlock handphone anda dengan Face ID !

Mungkin bagi sesetengah orang ianya tidak ada masalah kerana boleh menggunakan kod pin untuk unlock. tetapi bagi mereka yang lebih gemar menggunakan Face ID , mungkin akan menyusahkan. Kerana unlock handphone dengan menggunakan face id adalah lebih cepat dan selamat. 

Oleh kerana kami juga pernah mengalami masalah ini, maka kami mencari solution yang ada di internet dan kami menjumpai satu perkongsian di Tiktok oleh @camillamalm mengenai cara unlock kunci telefon anda sambil memakai topeng. Beliau juga ada berkongsi bagaimana kita boleh setting Face ID yang baru sambil memakai topeng muka / mask. Amat mudah dengan hanya dengan beberapa langkah sahaja. Berikut adalah caranya:

  1. Pergi ke aplikasi “Setting” dan tekan “Face ID & Passcode.”
  2. Seterusnya, tekan “Set Up an Alternate Appearance.”
  3. Letakkan topeng anda pada separuh wajah anda dengan melipatnya menjadi dua dan meletakkan kedua gelung di satu telinga, kemudian pegang topeng di dagu anda agar rapat. Telefon anda kemudian akan meminta anda mengerakkan wajah anda selama beberapa saat.
  4. Terakhir, letakkan topeng di belah lain di muka anda, dan ikuti arahannya sekali lagi.

Berikut adalah dua perkara yang perlu diingat semasa mengatur dan menggunakan cara ini: pertama, kerana telefon anda tidak dapat mengesan bahagian bawah wajah anda dengan mudah apabila anda memakai topeng, maka telefon akan memberi perhatian lebih kepada mata anda. Jadi, perkara-perkara yang mungkin akan menjadikan setting akan tidak menjadi adalah seperti tersenyum atau cermin mata yang berkabus.

Lihat Juga :   Samsung menawarkan sehingga 70% tawaran PwP untuk Galaxy A54 5G & Galaxy A34 5G

Kedua, anda mungkin perlu mencuba langkah ini beberapa kali agar kaedah ini berfungsi.

Selamat mencuba

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!