Ogos 1, 2021
Jalinan Digital Negara Jendela

Check Telco Coverage Di Kawasan Anda dengan JENDELA

KUALA LUMPUR: Peta Jalinan Digital Negara (Jendela) kini sudah boleh diakses melalui laman web baharu yang dinamakan Portal Jendela, di bawah laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pengerusinya Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata secara umumnya, Peta Jendela mempunyai tiga fungsi utama yang merangkumi peta liputan, maklum balas pengguna, dan status maklum balas.
 
Bagi memeriksa liputan syarikat telekomunikasi di kawasan tertentu, beliau berkata pengguna hanya perlu menentukan lokasi dan kemudian memilih jenis rangkaian dan syarikat telekomunikasi.
Jalinan Digital Negara (Jendela)
 
“Pada masa ini, Peta Jendela merangkumi 4G, 3G dan 2G serta siaran TV digital nasional, myFreeview,” katanya pada taklimat media secara maya mengenai laporan suku ketiga MCMC yang memperincikan perkembangan dan kemajuan terkini rancangan infrastruktur digital nasional, Jalinan Digital Negara (Jendela) pada Jumaat.
Bagi perkhidmatan tetap dan jalur lebar tanpa wayar, beliau berkata pengguna perlu mengunakan ciri-ciri penyampaian maklum balas yang akan menyenaraikan semua perkhidmatan yang tersedia di lokasi tersebut, sebelum memulai proses penyampaian.
“Melalui ciri-ciri ini, anda dapat melaporkan masalah rangkaian seperti gangguan panggilan, waktu henti dan masalah liputan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata sejumlah 342,424 premis telah diliputi jalur lebar menerusi pelaksanaan Jendela setakat 30 Jun, yang melebihi sasaran awal 184,802, sementara 52 tapak baharu telah dibina setakat ini berbanding sasaran awal hanya 46 tapak.
 
— BERNAMA
 
Untuk check telco coverage dan melayari peta jendala, anda boleh layari : jendela.my/map
Dan bagi panduan penggunaan, anda boleh layari halaman ini :  jendela.my/how-it-works
 
 

Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply

%d bloggers like this: