Salah satu kelebihan penggunaan aplikasi apple di dalam Mac ialah aplikasi-aplikasi ini telah dioptimumkan bagi kegunaan di dalam Mac itu sendiri. Contoh browser safari. Safari akan lebih laju digunakan di dalam apple berbanding jika digunakan di dalam OS lain.
Tetapi sekarang, pengguna safari dalam Mac boleh bertukar kepada browser Chrome. Ini menurut penanda aras baru-baru ini menggunakan Speedometer 2.0 Apple sendiri yang nampaknya versi terkini Chrome untuk Mac telah mengatasi prestasi Safari.
Menurut Google, berdasarkan ujian mereka berjaya menjadikan Chrome kira-kira 7% lebih pantas berbanding Safari. Bagi aspek pengoptimuman grafik, Chrome 15% lebih pantas daripada Safari.
Walaubagaimanapun kelajuan browser ini sebenarnya tidak lah terlalu ketara dirasai kerana penggunaan ianya juga bergantung kepada halaman web mana yang anda kujungi dan prestasi network anda.