PETALING JAYA: Terdapat satu lagi kematian seorang pesakit Covid-19, yang membawa jumlah kematian akibat virus membunuh ini yang ke empat.
Mangsa terbaru adalah seorang lelaki berusia 50 tahun yang dikaitkan dengan konvensyen tabligh Masjid Sri Petaling, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Mangsa adalah kes ke-238 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac 2020.
Beliau telah diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 21 mac 2020 jam 10:30pagi.
sumber : freemalaysiatoday.com & Majlis Keselamatan Negara Telegram