Dell mengeluarkan Precision 7000 bagi menyokong kerja hibrid

dell Precision 7670 & Precision 7770

Dell Technologies telah mengumumkan komputer riba Latitude 9330 untuk menyokong konsep kerja hibrid. Komputer riba ini dijangka akan dilancarkan ke pasaran global pada Jun 2022. Selain peranti ini, Dell juga akan mengeluarkan dua lagi komputer riba baharu untuk menyokong kerja hibrid iaitu siri Precision 7000.

Seiring dengan keluaran Latitude 9330, Dell turut memperkenalkan dua komputer riba baharu siri Precision 7000 dengan kuasa lebih besar iaitu Precision 7670 dan Precision 7770. Komputer riba siri Precision baharu ini mampu  memberikan prestasi hebat kepada pengguna.

Siri Precision baharu ini dilengkapkan dengan spesifikasi terkini, grafik profesional, teknologi CPU yang berkuasa dan reka bentuk baharu yang memberikan lebih fleksibiliti dan peranti ini boleh digunakan untuk “heavy duty” . Sebabnya, kedua-dua peranti komputer riba ini boleh menjalankan virtual reality/ augmented realityartificial intelligence/ machine learning, CAD 3D dan lain-lain

Dua peranti Precision terbaru ini akan disokong oleh CPU Intel yang berkuasa iaitu Intel Core generasi ke-12. Peranti ini juga dilengkapi dengan pemproses i9 dengan Intel vPro dan grafik generasi seterusnya NVIDIA RTX A5500 16GB dan memori DDR5 128GB.

Lihat Juga :   WINDOWS 95 ADALAH 25 TAHUN HARI INI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!