Destinasi kedua paling popular di dunia : Bali

pengalaman ke bali sendiri, pakej percutian ke bali 2023, itinerary ke bali 5 hari, tempat makan menarik di bali, tempat menarik di kuta bali, trip ke bali sendiri,, hotel menarik di bali, tempat menarik di bali, melancong ke bali 2022, melancong ke bali indonesia, pengalaman melancong ke bali, tips melancong ke bali, syarat melancong ke bali 2022, bajet melancong ke bali, waktu sesuai melancong ke bali, kos melancong ke bali, cara melancong ke bali, pakej melancong ke bali,

JAKARTA: Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Salahuddin Uno mengumumkan Bali berjaya menduduki tempat kedua sebagai 10 destinasi paling popular di dunia berdasarkan penilaian terbaharu laman web pelancongan, Trip Advisor.

Jelas Sandiaga, Bali sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya mengatasi beberapa destinasi terkenal lain di Eropah seperti Paris dan London dalam Anugerah Pilihan Pengembara untuk kategori destinasi.

“Bali berjaya naik dua anak tangga. Tahun lepas berada di kedudukan keempat,” kata Sandiaga menerusi temu bual dalam talian yang dipetik portal Antara News.

Sandiaga menjelaskan, salah satu petunjuk penilaian dalam anugerah itu ialah kualiti dan kuantiti ulasan positif terhadap destinasi tersebut sepanjang tempoh November 2021 hingga Disember 2022.

“Petunjuk penarafan untuk Anugerah Pilihan Pengembara ialah kualiti dan kuantiti ulasan sepanjang tahun. 

“Itulah sebabnya saya tidak pernah membiarkan walaupun sedikit ulasan negatif tentang pelancongan Bali atau Indonesia. Kerana inilah hasilnya,” katanya.

Sandiaga turut berharap lima destinasi keutamaan Indonesia yang lain juga mampu tersenarai dalam kelompok 10 teratas dan akan berusaha supaya Bali boleh menjadi destinasi nombor satu paling popular di dunia pada tahun akan datang.

Tempat pertama anugerah tersebut diungguli Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

London di United Kingdom (UK) berada di tempat ketiga sementara Rom di Itali di tempat keempat, diikuti Paris di Perancis yang menduduki tempat kelima.

Bandar Cancun di Mexico berada di tempat keenam, kemudian Crete di Greece, Marrakech di Maghribi, Republik Dominican dan akhir sekali Istanbul di Turkiye berada di tempat kesepuluh.

Lihat Juga :   Malaysia Airlines memperkenalkan perjalanan terus baharu ke Kertajati Indonesia

Berikut adalah beberapa program menarik untuk anda lawati dan cuba jika anda melawat bali :

 

Klook.com

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!