TAWARAN DISKAUN SAMAN SEHINGGA 60% SEMPENA HARI POLIS KE-216
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60% tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023.
Ayuh jangan lepaskan peluang ini !
Daftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Ayuh, ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!
Diskaun Saman PDRM 60% Sempena Hari Polis (20 – 31 Mac 2023)
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.
Pengurangan saman sehingga 60% itu akan ditawarkan selama 12 hari bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023.
Pengurangan saman ini adalah bersempena Hari Polis ke-216.
Pengurangan Kompaun TIDAK Ditawarkan bagi kesalahan berikut:
- Kemalangan
- Kesalahan Bicara Mahkamah (M)
- Saman Berstatus Waran (W)
- Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (Lori)
- Memotong Secara Berbahaya
- Menggunakan Lorong Kecemasan
- Kesalahan Tidak Boleh Kompaun (NV)
- Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
- Memotong Di Garisan Berkembar
- Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos
- Saman Berstatus OP Selamat
Cara Pembayaran Saman PDRM
- SECARA ONLINE MELALUI APLIKASI MYBAYAR SAMAN
- Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
- i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
- ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
- iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
- iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
- Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
- PEMBAYARAN SECARA MANUAL DI KAUNTER
- Bayaran di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara
- Bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023
Sumber / info sahih daripada : Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM