Disney baru sahaja mengumumkan satu langkah besar iaitu menggabungkan dua aplikasi popularnya, Disney+ dan Hulu, menjadi satu entiti tunggal. Penggabungan akan berlaku hujung tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Bob Iger, matlamatnya adalah untuk membawa “one app experience” pada akhir tahun ini. Kandungan Hulu akan dimasukkan ke dalam Disney+. Walaupun begitu, pengguna masih akan dapat mencari aplikasi Hulu. Ia akan terus berfungsi, sekurang-kurangnya buat masa ini. Selanjutnya, ESPN+ akan kekal beroperasi sebagai apps berasingan.
SELAIN PENGGABUNGAN, ADA KENAIKAN HARGA BARU AKAN DATANG UNTUK DISNEY+
Sudah tentu, tidak semuanya adalah berita baik untuk pelanggan. Iger mendedahkan bahawa Disney+ akan menaikkan harga tidak lama lagi. Pada masa ini ia berada pada $10.99 sebulan bagi program yang tidak mempunyai iklan, dan kami tidak tahu dengan tepat berapa banyak harga akan meningkat. Dia tidak menyebut program yang mengadungi iklan yang kini berharga $7.99. Mudah-mudahan, ia tidak akan mendapat kenaikan yang sama. Lagipun, kami menganggap bahawa iklan akan membayar bil.
Kenaikan harga pastinya akan memberi satu tamparan kepada pengguna. Terutama mereka yang mempunyai perkhidmatan penstriman yang berbeza untuk terus mengikuti kandungan yang berbeza. Gelombang kenaikan harga telah pun sampai ke Netflix, HBO Max dan Apple TV+. Disney+, Hulu dan ESPN+ juga menyaksikan kenaikan harga pada tahun lepas. Nampaknya, itu tidak mencukupi untuk bersaing dengan kekangan kewangan yang semakin meningkat. Terdapat inflasi yang meningkat, dan firma tersebut cuba untuk bersaing tanpa mengorbankan kandungan. Malangnya, mempunyai semua perkhidmatan penstriman semakin sukar untuk orang ramai. Dalam masa terdekat, kami menganggap bahawa mempunyai langganan pada semua platform penstriman popular akan sama dengan rancangan TV kabel lama.