Cara Download Among Us Percuma untuk PC & Mac

download ampung us percuma di pc dan mac

Among Us adalah salah satu permainan dalam talian terbaik yang boleh anda mainkan dengan rakan di pelbagai platform permainan. Ini adalah online multiplayer dalam talian yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio permainan Amerika InnerSloth. Permainan ini memberikan peranan yang berbeza kepada setiap pemain. Walaupun majoriti pemain mengambil  tugas sebagai Crewmates, objektif utama mereka adalah untuk mengenal pasti Impostor (Penyamar).

download ampung us percuma di pc dan mac

Sekiranya pemain belum sedar, game ini menyokong ciri permainan silang (crossplay feature), yang membolehkan pengguna bermain bersama-sama tanpa mengira platform.

download ampung us percuma di pc dan mac

PC gamers boleh membeli permainan Amoung Us di Steam dengan harga sekitar RM 12.50. Pada masa yang sama, pemain mudah alih boleh memuat turun Among Us secara percuma dari aplikasi di Play Store rasmi. Walaupun versi PC adalah berbayar, namun ada cara alternatif untuk bermain permainan popular ini pada PC secara percuma. Berikut adalah cara untuk anda download Among Us percuma untuk PC dan Mac.

Langkah 1: Pasang BlueStacks atau emulator Android lain pada pc.
Langkah 2: Setelah emulator dipasang, buka aplikasi Play Store dan log masuk ke akaun Google anda.
Langkah 3: Cari Among Us dan klik pada hasil pertama.
Langkah 4: Tekan butang install dan tunggu sehingga muat turun selesai.
Langkah 5: Pergi ke skrin utama dan buka permainan.
Langkah 6: Buat private room dan nikmati permainan dengan rakan-rakan.

Walaupun Among Us tidak semestinya memerlukan input pengawal yang tepat, touch controls sering dapat membuat pemain kecewa. Emulator seperti BlueStacks dilengkapi dengan predefined control preset, di mana pemain dapat mengawal watak mereka dengan mudah dengan papan kekunci dan tetikus. Lebih-lebih lagi, ini adalah proses yang mudah untuk mengkonfigurasi kawalan dengan membuka tetapan emulator.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: